Senarai 7 Pemain Bola Sepak yang Kantoi Merokok

2
Kecoh dalam media sosial berikutan tersebarnya gambar pemain bola sepak Malaysia, Safee Sali yang sedang merokok tersebar. 
Sebelum bermula perlawanan antara Malaysia dan Singapura tempoh hari, beberapa pemain bola sepak Malaysia terperangkap dalam gosip media sosial selepas seorang individu telah merakam gambar mereka sedang memakai jersi pasukan dimana kelihatan Safee Sali sedang menghisap rokok.
Persoalan demi persoalan bermain di minda masyrakat Malaysia sejurus tersebarnya gambar tersebut, namun kontroversi tersebut semakin lenyap dek kerana kemenangan skuad negara ke atas Singapura di kejuaraan Piala AFF Suzuki pada malam itu.
2
Namun, menghisap rokok tidak menghalang Safee Sali untuk menyumbangkan gol ketika pasukan negara menewaskan juara bertahan Singapura 3-1.
Walaupun begitu, merokok sememangnya salah satu tabiat buruk bagi seorang atlet ditambah ia membahayakan kesihatan dan sedikit sebanyak merencatkan prestasi kecergasan mereka ketika beraksi.
Memetik artikel yang digarap dari sebuah blog Partyrakyat, kami paparkan beberapa pemain bola sepak bertaraf dunia yang turut menghisap rokok.
1. Ashley Cole
2
Bekas pemain Chelsea dan Arsenal ini sering menghisap rokok ketika cuti musim panas mengikut dari sumber yang berdekatan.
2. Zinedine Zidane
2


Lagenda bola sepak Perancis ini dikenali aktif dalam kempen anti merokok pada tahun 2002 tetapi telah ‘kantoi’ menghisap rokok sebelum perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2006 menentang Portugal.
3. Dimitar Berbatov
2
Bekas penyerang Manchester United merupakan seorang perokok yang tegar.
4. Mario Balotelli
2
Digelar Super Mario, beliau pernah didenda dan diugut kerana tabiatnya yang menghisap rokok tetapi sebagaimana perokok tegar yang lain, ketagihan merokok amat sukar dibendung. Mario pernah didenda kerana menghisap rokok didalam tandas.
5. Socrates
2
Lagenda bolasepak Brazil ini boleh menghabiskan dua pek rokok dalam sehari.
6. Wayne Rooney
2
Wayne Rooney juga pernah dikritik hebat kerana gambar beliau sedang menghisap rokok tersebar. Namun, itu tidak menghalang dari Rooney menjaringkan gol untuk Manchester United dan juga England.
7. Mesut Ozil
2
Pemain bolasepak Jerman ini juga dikatakan mempunyai kehidupan yang agak sosial diluar padang. Sering dilihat menghisap rokok bersama rakan-rakan beliau.
0 Komentar untuk "Senarai 7 Pemain Bola Sepak yang Kantoi Merokok"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info