SEPANG: Waris penumpang pesawat MH370 diminta berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6 petang ini dengan bawa bersama pasport antarabangsa.
Makluman itu diberitahu kepada ahli keluarga yang berada di Menara Tinjau, KLIA bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai nasib penumpang pesawat terbabit.
![]() |
Antara ahli keluarga mangsa MH370 berjalan menuju ke tempat menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah pesawat ke Beijing itu dilaporkan hilang. |
Sumber: Beritaharian Online
0 Komentar untuk "Waris penumpang MH370 diminta berada di KLIA jam 6 petang ini"