Sepertimana yang kita tahu, Hukum Hudud telahpun dilaksanakan di Brunei. Kini pula Kerajaan Brunei juga telah mengharamkan penggunaan 19 perkataan, termasuk ALLAH dan masjid, oleh orang bukan Islam di negara itu.
Brunei Times melaporkan, pengharaman itu berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Panel Syariah.
Lain-lain perkataan diharamkan adalah azan, baitullah, al-Quran, fatwa, firman ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat, kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali.
Pegawai Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang Islam Hardifadhillah Mohd Salleh berkata, Kod Penal Syariah juga diguna pakai kepada bukan Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam.
“Jika sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan atau kesaksian empat saksi,” katanya.
Menurutnya, mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, boleh dikenakan denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau penjara setahun.
“Mana-mana ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak mereka dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga B$20,000 (RM52,000) dan atau penjara lima tahun,” katanya.
35 Komentar untuk "Kerajaan Brunei Haramkan 19 Perkataan Ini Untuk Orang Bukan ISLAM"
Terbaik..
Di harap Malaysia juga melaksananya segera...aamiin
Alhamdulilah syukur ada juga hamba ALLAH yg jalankn hukum ALLAH di dunia ini
Allahuakbar 3x!!
Wah. Ini ajaran apa ini?? Sejak bila pula Allah menurunkan hukum ini?? Nabi berdakwah dengan penuh keilmuan dengan berhujuh dan berdebat dengan orang kafir. Sehinggakan orang kafir takut untuk berdebat. Islam itu penuh dengan keilmuan yang mendahului agama lain. Hukuman seperti ini bukan datang dari Allah azza wa jal. tetapi hukum ini datang nya dari manusia yang takut dan gila kuasa.
Hang pi blaja agama dulu bru komen
Nama,Abu Bakar...jangan di bakar jadi abu sudah lah. Tak pandai takpe jangan pandai2.
Agama ayah pin kut dia ni.. hukum hudud x pnah dgr
masa untuk berdebat dah abis bro...action need to be taken..kalau asyik bercakap ja,bila nak jalan..
Alhamdulillah. Tahniah kpd kerajaan brunei krn bjaya menegakkan hukum Islam. Syukur
Apabila agama hanya berlegar sekitar hukum halal dan haram maka jadilah agama itu umpama patung tidak bernyawa. Kaku dan keras tanpa pengisian tasawuf serta kasih syg.
Perhalusi cara kita dgn non muslim krn non muslim juga adalah umat nabi Muhammad SAW.
Jikalau kamu lebih tahu, maka kongsilah. Jikalau kamu tidak bersetuju maka maklumkan yg salah serta bentangkan yg hak. Jangan menghukum dan menghina tetapi hujah takda. Baik, 'Action no talk' ?. Yg perlu dilaksana mesti di laksanakan, yg salah mesti ditegur. Hakikatnya mengharankan perkataan2 adalah salah! Tetapi bagaimana kita mahu mengangkat tinggi hukum yg laksana di brunei ini? Rakyat biasa boleh di hukum tetapi Sultan dan kerabat nya terkecuali dan tidak boleh di sentuh. Adakah ini 'Hudud'?? Adakah ini nilai keadilan Islam??
Aduh..ada jugak komen yg sebegini..ustaz ke siap dia ni..mmg arif dalam hudud ke dia ni..atau dia ni lebih pandai dr segala ilmuwan yg ada di brunei
Imam syafie berkata" aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi pasti kalah dengan seorang yang jahil.kerana orang yang jahil itu tidak faham landasan ilmu."
Imam syafie berkata" Apabila orang-orang bodoh mengajak berdebat dengan anda,maka sikap yang terbaik adalah diam."
takat beri kata dah jalan hukum hudud aku pun boleh.... sultan brunei kata ja dah wat hukum hudud... tapi last2 hukuman ikut penjajah juga.... seludup rokok penjara 12 bulan atau denda b$... hukuman dijatuhkan pada baru2 ini dlm bulan november.... kalu HUKUMAN HUDUD MAU dirotan atau potong tangan ..... ..
Komen lebih sgt la korg ni.. Gambar profile pun tkpakai tudung..
maaf la abu bakar sy mncelah skit.. hukum hudud ni bukan hukum manusia abg.. hukum hudud ni hukum Allah... klau kurang pecaya.. boleh tnya ustaz atau baca blog pasal hukum hudud.. hudud hnya untuk orng islam.. dan bukan untuk agama lain.. tapi klau bukan islam nak ikut xdak mslah... Wallahu a’lam
Ishhhh, thougth ISLAM is a religion of PEACE - kenapa macan nie arrr?
Terbaeeeeek...
someone got talking without knowledge (mr abu bakar, so you really dint know this basic rule made by our god that been told at school?? hey were u listening while your teacher talking? ) your statement made me feel you know nothing..
even in malaysia kristian fight muslim in syariah court to use name of ALLAH in their kristian church... until it make big issue in malaysia.. so why you said the written list from bruenei to prevent other religion use it are wrong? make what happen in malaysia as example.. dont talk nonsense..
there is no doubt that islam is PEACE
Surah Al-Maidah ayat 33: tentang hukuman Muharabah (rompakan)
Surah Al-Maidah ayat 38: tentang hukuman mencuri (potong tangan)
Surah Al-Maidah ayat 44: hukum pemimpin/ulama yang tidak laksanakan hudud
Surah Al-Maidah ayat 45: tentang hukuman qisas dan hukum tidak laksanakannya
Surah Al-Maidah ayat 47-49: hukum rakyat tidak melaksanakan hudud/menyokong pemimpin yang tidak laksanakan hudud
Surah Al-Maidah ayat 90: larangan meminum arak dan puja berhala (riddah)
Surah Al-Isra' ayat 32: larangan zina
Surah An-Nur ayat 2: tentang hukuman zina bagi penzina bukan muhshan
Surah An-Nur ayat 4: tentang hukuman Qazaf (menuduh zina)
Surah An-Nisa ayat 15: tentang hukuman zina bagi penzina muhshan
Surah Al-Hujurat ayat 9: tentang hukuman jenayah baghy (pemberontakan)
Salam..tanya diri sendiri n cari jawapan sendiri dlm bab hukum hudud..potong tangan n rotan hukuman utk ape..?? Renungkan..
Merujuk komen dr abu bakar....jawapan saya adalah Tidak salah mengharamkan perkataan2 tersebut atas dasar mengelakkan perkataan2 tersebut digunakan oleh agama lain bagi mengelirukan umat islam..apapun tidak menjadi kesalahan sekiranya perkataan2 tersebut diguna oleh bukan islam atas sebab bertanya atau membaca atau mendalami utk diri sendiri asal tidak dengan tujuan mengelirukan...kerisauan sultan brunei berikutan banyak kejadian dan ajaran sesat yg menggunakan perkataan2 ini bg tujuan menyesatkan...jgn sempitkan pikiran dengan agama agama seperti hindu atau cina...malah dalam bangsa melayu atau arab sendiri wujud agama yg terpesong dan mendakwa islam dengan ajaran ajaran sesat berpaling dr hadis dan naz naz al quran..tetapi mereka menggunakan perkataan2 ini yg membolehkan org islam yg kurang ilmu terikut dengan ajaran mereka...jgn kita hanya baca pada tajuk berita semata...saya yakin sultan brunei bukanlah orang yg membuat keputusan berdasarkan kuasa...beliau berdasarkan pegangan Al Quran dan agama islam...biar tak pandai tp jangan memandai mandai.
Halal... Haram...terpulanglah kat sultan Brunei tu. Jangan menganggu gugat orang bukan Islam sudah. ISTANA BERSULAMKAN EMAS..SATU PEMBAZIRAn
Nama Abu Bakar..sempena nama khalifah Ar Rasyidin yg pertama yg juga mertua Nabi saw..hukum hudud dinyatakn dgn jelas dlm Al-Quran bro..baca,fahami makna & kaji...
Sokong TheFp86..baca & fahamkn btol2 apa itu hudud sblum beri komen atau brhujah..
Alhamdulillah tahniah kerajaan brunai
Mmg sepatutnya penguat kusaan dilakukan oleh ketua negara sebagai ketua agama....org bukan islam.(tidak. Semua) kkdg sudah melampui batas menghina agama islam....
Mamat ni bukan islam kot just guna nama saja
Alhamdulillah. Saya sangat bergembira kerana komen diatas menjadi lebih ilmiah dan matang. Saya berterima kasih kepada para komentar di atas. Namun, saya masih lagi menunggu hujah saya dijawab. Saya rasa sahabat2 sakalian berkefahaman saya menolak hudud atau menafikan kedudukan didalam al'Quran .Itu TIDAK benar sama sekali !! baca betul2
1. Saudara, yang saya pertikaikan adalah "19 perkataan yg 'diharamkam' oleh bukan Islam". Tolonglah ! saya meminta kpd sahabat sekalian menunjukkan riwayat "bila pula para sahabat membentangkan peraturan seperti berikut." Padahal, mereka sendiri menggunakan ayat2 and ilmu yg diturun Allah melalui Rasullah S.A.W. Sekaligus, menyebarkan Islam dengan ilmu tersebut. Oleh itu, peraturan yg dilaksanakan di Brunei ini, lebih memihak kepada mereka yg gila kuasa dan membekukan permahaman Islam.
2. Saya juga mempertikan bahawa Hukuman yg di laksanakan oleh kerajaan Brunei adalah "adil" sama sekali. hukaman ini tidak mempunyai nilai2 keadilan Islam dan melangar 'maqasid syariah'('tujuan/ kefahaman' asas syariah). Sultan adalah terkecuali dalam hukuman "Hudud" tersebut.
Ini dikuti dengan peruntukan Perkara 84A:
“84B. (1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan tidak pandai berbuat salah sama ada atas sifat peribadi atau rasmi Baginda.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan tidak boleh dibicarakan di dalam mana-mana mahkamah berkaitan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh Baginda dalam masa atau selepas pemerintahan Baginda sama ada atas sifat peribadi atau rasmi Baginda.”
Mengapa??? adalah sultan itu maksum?? adakah ini hukum ini ditegakkan oleh khulafa ar-Rasyidin?? (mungkin Kang Gary boleh tolong saya)
*Ada berapa perkara lagi dalam perlembagaan Brunei my berlawanan dangan hukum Allah. maaf, saya tidak catatkan kesemuanya.
Tahniah Brunei. Islam agamaku,jihad jalanku,mati dijalan Allah cita tertinggiku...
Bagaimana agama islam tidak di katakan sebagai agama keganasan jika si penjatuh hukum pun jahil bab ilmu ketuhanan nie...
boleh la, kat sana tak ada DAP dan PKR. Kat malaysia ni jangankan 19 perkataan, satu perkataan pon kita larang dia orang banyak bunyi. Kalau yg kapir bunyi boleh la di terima lagi ni yang islam pun back up kapir !