Punca Wanita Bersolat dan Baca Al-Quran diatas Jejambat akhirnya terjawab!

Seorang wanita menggemparkan pemandu yang menggunakan jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara pagi ini, apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran.

Gambar wanita berkenaan yang lengkap bertelekung sambil bersimpuh di atas sejadah dan membaca al-Quran mula tersebar di laman sosial sejak tengah hari ini. Memetik laporan mStar Online sebagai berkata, maklumat awal mendapati Anita Shiar, 27, mendakwa dia bermimpi ditimpa perkara tidak baik lalu bertindak bersolat di merata lokasi.

wanita solat atas jejambat

Laporan disahkan diterima Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad. Wanita terbabit ditemui tanpa dokumen pengenalan diri dan kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.
0 Komentar untuk "Punca Wanita Bersolat dan Baca Al-Quran diatas Jejambat akhirnya terjawab!"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info