Rahsia kecantikan Dato' Siti Nurhaliza yang mungkin ramai nak tahu..

Gambar ketika menyambut hari lahirnya yang ke -34


Dato' Siti dan Suplemen tambahan

Melalui sumber yang saya temui, Dato' Siti adalah seorang yang mementingkan penjagaan dalaman. Suplemen tambahan hariannya ialah seperti vitamin C,E, antioksida dan B-Complex. Beliau juga menjadikan amalan meminum susu sebagai amalan hariannya untuk memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi. Selain itu untuk menaikkan seri wajah, Dato' Siti akan berselawatsetiap kali mencuci mukaBeliau juga mengamalkan vitamin Bawang putih dan spirulina untuk kesihatan perut dan stamina.

Memang benar vitamin C, E dan B-Complex adalah di antara vitamin asas untuk mendapatkan kulit yang cantik. Manakala vitamin bawang putih dan spirulina bagus untuk kesihatan berkaitan organ-organ dalam tubuh. 
  • Vitamin E : membantu mengurangkan parut, meningkatkan ketahanan sel kulit, mengelakkan tisu teroksida menyebabkan kulit lebih gebu
  • Vitamin C : membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan parut. Juga mengandungi kolagen yang membantu menguatkan sel kulit
  • B-Complex : membantu dalam mengurangkan stress dan kelesuan, membantu wajah kelihatan lebih segar dan tidak kusam
  • vitamin Bawang Putih : melambatkan penuaan dan di dalam bawang putih itu sendiri mempunyai vitamin A, B dan C
  • Spirulina: untuk kesihatan dalaman tubuh.


Mungkin terdapat pelbagai pilihan suplemen di pasaran namun pastikan anda memilih suplemen dari sumber semulajadi, mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan ada sijil sah halal. Biarlah cantik dan sihat itu seiring. Oklah, cukup sampai sini dulu..lain kali saya akan ceritakan pula pasal petua tradisonal yang Dato' Siti amalkan.
0 Komentar untuk "Rahsia kecantikan Dato' Siti Nurhaliza yang mungkin ramai nak tahu.."

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info