Sedikit ‘latar belakang’ pembelian tersebut:
1. Berbanding Google atau Yahoo yang sumber pendapatan mereka adalah
pengiklanan (tidaklah bermakna mereka ini ‘baik’ tetapi
sekurang-kurangnya), Facebook mendapat hasil semata-mata dari MENJUAL
INFORMASI PERIBADI pengguna kepada pihak ketiga (dan entah siapa lagi?)
Rujuk berita Skandal PRISM yang mana Presiden Perancis dan Jerman
diintip, dengan menggunakan kaitan dari pengguna biasa yang lain.
‘Penjahat’nya adalah NSA yang dibantu dengan maklumat dari Facebook,
Google, Apple dan Microsoft. Langkah pembelian WhatsApp ini tidak lain
adalah juga untuk mendapatkan maklumat pengguna.
2. Facebook telah menggunakan pendekatan sedikit demi sedikit untuk cuba
‘mencuri’ nombor peribadi dan kenalan pengguna dengan menggabungkan FB
Messenger dengan SMS. Tindakan ini mendapat tentangan hebat rakyat
Eropah dan Amerika Syarikat sendiri. Pengguna juga telah memboikot
langkah tersebut dengan menyahpasang perisian Messenger. Strategi
tersebut telah gagal maka strategi baru diperlukan. Oleh kerana WhatsApp
‘telah pun’ memiliki rekod buku telefon pengguna, cara termudah ialah
dengan mengambil secara ‘paksa’ iaitu dengan membeli syarikat pembuat
WhatsApp.
Apa yang mereka mahu?
Mereka mahukan nombor peribadi pengguna, supaya mereka tahu siapakah sebenarnya pemilik laman Facebook. Sebagai bonus, adalah senarai kenalan seseorang pengguna (melalui buku telefon). Mereka mahu tahu lokasi sebenar seseorang, selama mana dia di situ, ke mana dia pergi seterusnya, apakah rutin perjalanan hariannya dan sebagainya. Sebab, Facebook adalah tatapan awam (public) sebahagian pengguna yang cerdik tidak mendedahkan segala-galanya tetapi di WhatsApp, hubungan adalah dengan orang-orang terdekat dan keluarga, jadi kebanyakan orang akan berkongsi gambar, hal-hal peribadi dan lain-lain. Sekarang, itu yang Facebook mahukan.

Apa yang perlu saya buat sekarang?
1. Sebarkan mesej ini kepada semua orang.
2. Jangan buang dulu aplikasi WhatsApp!
3. Buka WhatsApp dan padam akaun anda terlebih dahulu. Berdoa agar segala data peribadi anda benar-benar mereka padam dari simpanan mereka.
4. Sekarang anda boleh menyahpasang aplikasi WhatsApp.

Apa saya nak gunakan selepas ini?
Banyak sebenarnya. Telegram, Line, KakaoTalk, WeChat. Tapi dicadangkan kepada pengguna tegar WhatsApp supaya memasang aplikasi ‘Telegram’ dari Playstore Google.
Banyak sebenarnya. Telegram, Line, KakaoTalk, WeChat. Tapi dicadangkan kepada pengguna tegar WhatsApp supaya memasang aplikasi ‘Telegram’ dari Playstore Google.
Kenapa Telegram dan bukan yang lain?
Banyak sebabnya, antaranya:
Banyak sebabnya, antaranya:
1. Bayangkan WhatsApp sekarang (hijau) bertukar biru. Hampir keseluruhan
antaramuka (user interface) adalah sama. Tak perlu belajar cara
penggunaan semula (no learning curve)
2. Chat di satu peranti (device/phone/tablet) boleh dibaca/sambung di
peranti lain, atau komputer. Boleh guna satu akaun di pelbagai peranti
(multiple devices)
3. Untuk perbualan yang sensitif, ada mode rahsia ‘Secret Chat’ yang
tidak direkod di mana-mana kecuali di peranti/pengguna yang berkenaan
sahaja (peer-to-peer), dan selepas perbualan itu dipadam, tiada lagi
sebarang rekod tentang perbualan tersebut. Ia menggunakan protokol
penyulitan (end-to-end encryption) sebagaimana yang digunakan oleh
sistem perbankan dalam pelayar (browser)
4. Pengguna boleh ‘logout’ jadi anda boleh memilih untuk merahsiakan masa dalam talian (online) anda dari orang tertentu.
5. Laju. Mesej teks dipadatkan (compressed) jadi ia boleh berfungsi
dengan baik dalam keadaan sambungan internet yang perlahan atau lemah
(contohnya bila berkongsi WiFi atau peruntukan bulanan sudah habis, atau
dalam mode internet percuma)
6. Saiz! Untuk peranti Android (APK + DEX + LIB)
Telegram 9 mb. WhatsApp 21 mb. Kakao Talk 30 mb, Line 30 mb. WeChat 53 mb.
Telegram 9 mb. WhatsApp 21 mb. Kakao Talk 30 mb, Line 30 mb. WeChat 53 mb.
Oleh kerana saiznya yang lebih kecil (paling kecil sebenarnya setakat
ini), ia kurang menggunakan simpanan (storage, memory card) dan juga
ingatan telefon (memory, RAM)
Untuk peranti berkuasa rendah (atau murah/sederhana) biasanya masalah
utama ialah kapasiti simpanan dalaman (internal storage). Ia adalah
antara sebab kenapa masih ramai yang menggunakan WhatsApp dan bukan yang
lain. Kini sudah ada alternatif yang lebih baik!
7. Telegram adalah percuma, dan tiada iklan. Walaupun kebanyakan kita
masih menggunakan WhatsApp secara percuma, tetapi sebenarnya ianya
adalah atas ‘ihsan’ (courtesy) kerana ia sebenarnya dicas RM kepada
sesiapa yang mempunyai kad kredit di akaun Google mereka. ‘Ihsan’
diberikan setakat ini adalah kerana memandangkan kebanyakan pengguna di
sesetengah negara menghadapi kesulitan untuk memiliki kad kredit (dan
mereka tidak mahu kehilangan pengguna).
8. Pembuat Telegram memang menyasarkan (target) pengguna tegar WhatsApp.
Sebab itu mereka menawarkan hampir semua fungsi dan faktor serta
antaramuka yang sama dengan WhatsApp, bahkan lebih baik, terutamanya
dari segi keselamatan (security) yang mana pengguna WhatsApp adalah amat
terdedah kepada penggodam (hackers) terutamanya bila menggunakan WiFi
awam seperti di restoran dan cafe.
JANGAN LUPA:
- Lakukan langkah ini seberapa segera yang boleh!
- Padamkan data-data anda dengan segera jika anda menghargai privasi peribadi anda (dan keluarga, sanak-saudara, kawan-kawan)
- Jangan nyahpasang (uninstall) dulu, padam akaun anda dulu!
- Jangan pula lupa untuk memberitahu kenalan anda untuk sama-sama ber’hijrah’, agar perhubungan tidak terputus.

Pautan (link) untuk Telegram:
Untuk daftar Telegram, sama saja seperti WhatsApp.
Pasang, masuk nombor, tunggu mesej pemastian, siap.
Pasang, masuk nombor, tunggu mesej pemastian, siap.
p/s: Saya nasihatkan kenalan-kenalan supaya bertindak segera dalam
sehari dua ini juga. Jangan gadaikan biodata anda kepada intipan. Kalau
anda tak kisah sekalipun, ingatlah keluarga dan kawan-kawan tersayang,
mungkin anda boleh menyebabkan mereka yang menjadi mangsa.
Ayuh segera tinggalkan WhatsApp! – Sumber facebook
3 Komentar untuk "Kesan buruk pada kita apabila Facebook membeli WhatsApp"
boleh caye ker nih??
bole pecaya ke
ntah boleh cayer ker... mana dapat sumber? or diorang sngaje dengki ngn mark zuckerberg. :3
kalau lah sykt google ni dari dulu nk beli dgn tawar 10b adakah diorang beranggapan mcm niyh =.=