Salam. Belum reda lagi dengan isu kontroversi Nabil Ahmad dan Luna Maya kini timbul pula hal yang melanda juri tetap program Maharaja Lawak Mega iaitu Sheikh Haikel. Sheikh Haikel yang juga merupakan artis kelahiran Singapura dikatakan menerima ugutan bunuh angkara komen yang tidak disenangi sesetengah peminat fanatik Maharaja Lawak Mega. Akibat daripada menerima ugutan bunuh kini dia terpaksa mengupah pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan diri dan juga keluarga.
Kenyataannya di astrogempak: “Baru-baru ini saya dan isteri telah menerima ugutan bunuh daripada peminat fanatik peserta dari MLM. Lebih mengejutkan, ugutan tersebut turut meilbatkan anak-anak saya. Peminat tersebut mengancam mahu langgar anak-anak saya jika kami sekeluarga berada di Malaysia. Saya amat terkejut juga dengan ancaman tersebut.
“Saya pun tidak berapa pasti komen yang mana saya berikan kepada peserta MLM sehingga mengguris hati individu tersebut sebagai salah seorang peminat fanatik. Secara jujurnya komen yang saya beri berdasarkan apa yang saya lihat dan bukan pedas atau hentam semata-mata,” jelas Sheikh Haikel.
Hai macam-macam hal Maharaja Lawak Mega 2013 ini, hal kontroversi murahan, hal ugutan bunuh, lepas ni apa pula yang berlaku. Harapnya tiada perkara buruk terjadi kepada Sheikh Haikel. Peminat perlulah faham sudah tugas juri memberikan komen kenalah terima seadanya, kalau tak best lawak haruslah ditegur, tak akan nak puji sahaja. Hurmmmm…
0 Komentar untuk "SERIUS : JURI, SHEIKH HAIKEL DIUGUT BUNUH HANYA KERANA BERI KOMEN PEDAS DI MAHARAJA LAWAK MEGA"