Seorang penduduk Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor yang juga seorang guru dikatakan telah meracun sehingga mati 20 ekor kucing jirannya kerana kucing-kucing itu mengotorkan kawasan inap desa miliknya.
Perbuatan itu menimbulkan kemarahan penduduk yang menganggap perbuatan itu keterlaluan memandangkan pelakunya ialah seorang pendidik.
Kucing-kucing itu dikatakan diberi makan nasi yang digaul dengan ikan dan racun yang kemudiannya diletakkan berhampiran inap desa tersebut. Satu keluarga telah kematian 12 ekor kucing peliharaan sementara penduduk-penduduk lain juga ada yang kematian kucing, yang kesemuanya ditemui dengan mulut berdarah.
Perbuatan itu juga dikatakan disaksikan oleh seseorang. Sampel ikan telah dihantar kepada Pejabat Veterinar Daerah dan laporan polis juga akan dibuat berdasarkan hasil siasatan dalam masa terdekat.
Memang benar kucing tidak sepatutnya mengotorkan inap desa tersebut namun kucing yang tidak berakal juga ialah makhluk Allah dan binatang kesayangan nabi.
Pelbagai langkah boleh diambil oleh pemilik inap desa tersebut untuk mengelakkan kucing-kucing dari mengotorkan inap desa miliknya namun dia memilih untuk melakukan perbuatan zalim dan tidak berperikemanusiaan iaitu meracun kucing-kucing tersebut.
Penduduk Kampung Taman Seri Waja berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik inap desa tersebut yang khabarnya tidak takut pada sebarang tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadapnya.
0 Komentar untuk "Cikgu Kejam Racun 20 ekor Kucing jiran guna Ikan kerana kotorkan Inap Desa"