Filem Anak Rosmah Disaman 25 Juta Dollar


Filem Anak Rosmah Disaman 25 Juta Dollar | Fuhh penuh betul dengan kontroversi lah filem ini. Kerana Agenda selama 45 adalah lucah. Filem ini tidak boleh mendapat sebarang tayangan di Malaysia kalau korang nak tahu. Baca selanjutnya

Filem Anak Rosmah Disaman 25 Juta Dollar

Menurut laporan Contact Music, beberapa studio yang terlibat dengan penggambaran filem ini bakal disaman sebanyak USD25 juta oleh bekas pekerja Stratton Oakmont, Andrew Greene yang kisahnya turut dipaparkan di dalam filem berkenaan menerusi watak Nicky ‘Rugrat’ Koskoff.

Andrew mendakwa Paramount Pictures, syarikat produksi Red Granite dan penerbit yang lain tidak pernah meminta persetujuan darinya untuk menonjolkan watak tersebut.

Lebih dasyat lagi, Andrew kesal imejnya kini terjejas kerana karakter ‘Rugrat’ di dalam filem berkenaan digambarkan sebagai seorang yang tidak bermoral dan mengalami ketagihan teruk terhadap dadah, parti serta perempuan.
Untuk pengetahuan semua, The Wolf of Wall Street lakonan Leonardo DiCaprio itu merupakan sebuah adaptasi daripada kisah benar mengenai broker saham bernama Jordan Belfort melibatkan bekas rakan kongsinya, Andrew Greene dan beberapa orang lagi rakan lain.


Filem itu diarahkan oleh Martin Scorsese manakala anak Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Riza Aziz, hasil perkongsian hidup bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik, pula menggalas tanggungjawab sebagai penerbit.
Bagi yang tidak tahu, Riza Aziz adalah CEO syarikat produksi Red Granite Pictures yang menerbitkan filem The Wolf of Wall Street dan diedarkan oleh Paramount Pictures


Nota : Adakah membuat filem yang agak lucah di peringkat antara bangsa dapat mengharumkan nama negara ? Takkan ? huhu. Bukan mengharumkan lagi siap kena saman dah. Takpa lah dia berduit. Kos nak buat filem ni pun melebihi Jutaan ringgit. Apa komen anda ? Cuba Kngsikan
0 Komentar untuk "Filem Anak Rosmah Disaman 25 Juta Dollar"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info