(Sedih) Video rakaman suara terakhir dari Kotak Hitam Pesawat Adam Air

Boleh dikatakan semua orang sentiasa mengikuti perkembangan mengenai pesawat MAS MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu. Kehilangan berkenaan sedikit sebanyak telah membuka mata banyak pihak untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penerbangan. Ada antaranya sudah menjadi pakar pengesan radar pesawat dan ada juga sudah menjadi penganalisis sambilan.
Kali ini ammboi ingin berkongsi mengenai kotak hitam. Video dibawah memaparkan rakaman kotak hitam dari pesawat Adam Air yang beroperasi di Indonesia. Adam Air yang menyediakan penerbangan tambang murah terawal di Indonesia turut mencatatkan tragedi hitam apabila pesawatnya jenis Boeing 737-400 terhempas pada 1 Januari 2007.
adam air terhempas 2007
Ketika kejadian pesawat tersebut membawa 96 penumpang dan dalam perjalanan dari Surabaya ke Manado. Pesawat dengan nombor penerbangan KI-574 itu menjunam ke laut Sulawesi akibat cuaca buruk. Kehilangan pesawat itu turut membingungkan pihak berkuasa Indonesia dan bagaimanapun penemuan kotak hitam merungkai segala yang berlaku.
Ikuti rakaman terakhir yang direkodkan kotak hitam pesawat Adam Air yang terhempas:

p/s: Sayu dengar rakaman suara berkenaan. Ammboi tak pasti mengenai cerita Adam Air yang terhempas ini, namun untuk mereka yang beragama Islam, sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah. Selain itu, harap kita semua tidak putus harapan dengan MH370. Semoga mereka segera dijumpai. Amin…

Sumber AMMBOI.COM
0 Komentar untuk "(Sedih) Video rakaman suara terakhir dari Kotak Hitam Pesawat Adam Air"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info