Penjaga Gol China Berjaya Menepis Bola Kerana Budak Kutip Bola


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan?

Begitulah kisahnya apabila penjaga gol skuad China telah berjaya menempis bola sepakan penalti dari skuad Arab Saudi setelah mengambil ‘nasihat’ daripada seorang budak kutip bola dalam perlawanan kelayakan Piala Asia di Brisbane baru-baru ini.

Menerusi laporan The Guardian, Stephan White, kanak-kanak yang berusia 12 tahun, berjaya membantu penjaga gol China, Wang Dalei menyelamatkan satu sepakan penalti lawan dan seterusnya membolehkan China untuk terus mara dalam saingan Piala Asia.



Wang menuruti nasihat White dan menerpa ke sebelah kirinya untuk menyelamatkan sepakan penalti.
Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa kedua, apabila penyerang Arab Saudi, Naif Hazazi dijatuhkan pemain China, Ren Hang di dalam kotak penalti.

Ketika Hazazi bersiap sedia untuk sepakan penaltinya, Wang bertanyakan White yang berdiri di belakang gawang, arah mana dia patut terpa.

Kanak-kanak dari Brisbane itu meneka dengan menjawab “kiri” dan Wang yang bertindak menuruti nasihat White berjaya menempis sepakan penalti Hazazi, menggunakan kakinya.

lihat video dibawah ini




0 Komentar untuk "Penjaga Gol China Berjaya Menepis Bola Kerana Budak Kutip Bola"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info