Pesanan TMJ Kepada Haters Yang Membuat Ramai Tersentap







"PESANAN KEPADA ORANG YANG KURANG ARIF"



Pertama sekali kami ingin bertanya : Adakah projek pembangunan bolasepak Johor Darul Ta'zim menjejaskan periuk nasi anda? Adakah dengan cara anda menjadi pahlawan kekunci akan melemahkan pasukan Johor Darul Ta'zim? Adakah pihak PBNJ dan rakyat negeri Johor telah menganggu atau mengacau keluarga serta orang-orang yang anda sayangi?

Beginilah, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana anda telah menunjukkan kepada kami betapa bersungguh-sungguhnya anda ingin menjatuhkan bolasepak negeri Johor. Terima kasih juga kerana JDT sentiasa berada didalam fikiran anda. Seperti pesanan saya sebelum ini, kalau hendak melihat kami putus asa dan gagal, bersedialah menanti seberapa lama, ibarat menunggu matahari membeku.

Kepada rakyat Johor sekalian... Semakin hampir kita dengan kecemerlangan, semakin ramai 'kawan' yang meninggalkan kita. Orang akan menyukai kita apabila kita sederhana sahaja, kerana ianya membuatkan orang sekeliling berasa selesa. Tetapi apabila anda berusaha mengejar kegemilangan, ramai yang mula tidak senang duduk. Jadi, kepada rakyat Johor sekalian, bersedialah untuk kehilangan 'kawan' dalam perjalanan mencapai kegemilangan.
~TMJ



1 Komentar untuk "Pesanan TMJ Kepada Haters Yang Membuat Ramai Tersentap"

Biasa la org knamaan conquered fam sampai msk tahun 2100 xkn qualified world cup. Perlu jujur jika mahu tgk harimau Malaya pergi jauh. Yg slagi dalang fam dok ada slg tu Malaysia main sukan sea n Andean cup je

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info