11 Fakta Yang Korang Patut Tahu Tentang Zero



Kredit foto: Astro Gempak
11 fakta tentang tiga adik-beradik ini yang korang perlu tahu;

1. Mereka sudah ketiadaan bapa dan tanggungjawab ketua keluarga dipikul 3 beradik ini.
2. Pekerjaan mereka bertiga sebelum bergelar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar.
3. Arwah bapa mereka cacat penglihatan namun dapat membesarkan mereka - perkara ini sekaligus membakar semangat mereka untuk mengubah nasib keluarga.
4. Syaiful berhenti sekolah semasa tingkatan satu bagi membantu menyara kehidupan keluarga
5. Ketiga-tiga adik beradik ini mahir dalam ilmu mempertahankan diri iaitu Silat Gerak Kilat sejak dari kecil - diajar oleh bapa mereka.
6. Dari silat itu juga, mereka handal melakukan aksi akrobatik.
7. Mereka mengakui bergaduh ketika mengeluarkan idea untuk dipersembahkan di pentas MLM demi mendapatkan idea yang lebih baik.
8. Syaiful, kadir, Kunal berasal daripada suku kaum Bajau Simunul.
9. Nama kumpulan Zero itu dicerminkan melalui kehidupan mereka yang disifatkan serba kosong.
10. Syaiful yang juga terkenal dengan nama gelaran Melati akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan Februari ini.
11. Mereka mahu menggunakan wang kemenangan itu untuk menghantar ibu mereka menunaikan umrah dan seterusnya akan digunakan untuk membuat rumah dan selebihnya untuk perkahwinan Syaiful atau ‘Melati’.

Apa pun, tahniah buat Zero! Sememangnya korang memang layak untuk bergelar Juara #MLM2014!
0 Komentar untuk "11 Fakta Yang Korang Patut Tahu Tentang Zero"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info