Inilah Punca Nabil & Sepahtu Bersara Dari Maharaja Lawak Mega

 February 7th, 2015

Di saat semua orang sedang bergembira dengan pencapaian peserta kegemaran masing-masing di Maharaja Lawak Mega 2014 semalam, ada berita kurang menggembirakan untuk peminat Nabil dan Sepahtu. Nabil telah mengumumkan yang MLM2014 adalah MLM terakhir buat dirinya sementara Sepahtu pula memaklumkan yang akan berehat sebentar daripada rancangan ini. Pastinya sedikit sebanyak MLM akan hilang serinya tahun hadapan tanpa kehadiran mereka berdua.
sepahtu tarik diri dari mlm Namun Abang Nara memahami keputusan yang diambil oleh Nabil dan Sepahtu. Penat sebenarnya memerah keringat untuk membuat lawak setiap minggu. Bukan satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi untuk Nabil yang beraksi secara bersendirian. Keputusan ini bagaimanapun sedikit sebanyak memberi peluang kepada pelawak-pelawak lain untuk muncul menunjukkan bakat mereka. Lagipun kalau selalu sangat keluar tv orang bosan juga kan

Pelawak dan Hos MeleTOP Nabil Ahmad, memberitahu bahawa tahun 2014 adalah tahun terakhir dia menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM). Katanya, keputusan itu adalah muktamad kerana dia ingin memberikan fokus pada bidang lain pula.
“Saya dah buat keputusan ini adalah tahun terakhir saya dalam MLM, sebab saya mahu memberikan fokus pada perkara lain pula. Tahun lepas saya dapat nombor 5 dan saya rasa tidak ada ruang lagi dalam MLM ini.



“Bila dah mula MLM 2014 saya macam tak nak masuk, tapi mereka semua bermesyuarat dan terus bercakap supaya saya masuk lagi pada tahun 2014, sebab kata mereka ini adalah bagus untuk perkembangan karier saya”

“Saya juga siap telefon Dato’ AC bertanyakan padanya adakah perlu untuk saya menyertai MLM, dan dia menjawab saya ialah seorang peserta solo dalam MLM dan akan di tonton oleh berjuta-juta orang, jadi jangan lepaskan peluang,” katanya.

Walaubagaimanapun, Nabil tetap berpuas hati berada di tempat ketiga kerana baginya kerana persaingan pada malam akhir MLM begitu sengit.

“Alhamdulillah saya bersyukur sekali kerana berjaya dapat tempat ketiga, kerana mula-mulanya saya ingat apabila diumumkan tempat kelima ialah Bocey dan saya mengagak dalam percaturan saya sendiri bahawa saya mesti yang keempat, tetapi sebaliknya saya di tempat ketiga. Saya sangat berpuas hati dan berterima Kasih kepada pengundi-pengundi yang telah menyokong saya selama ini,” tambahnya.

Sementara itu, selepas tamatnya MLM 2014, Nabil akan mengacarakan pula program bual bicara yang dinamakan ‘Ini Malam Kita Punya’.

Apa pun all the best dan tahniah diucapkan kepada Nabil dan Sepahtu atas lawak yang dipertontonkan sepanjang MLM2014. Secara jujur, feveret Abang Nara memang Sepahtu. Lawak mereka memang klasik. Sambil duduk je boleh buat perut orang kejang kerana gelakkan lawak mereka. Stail Sepahtu memang kena dengan jiwa Abang Nara.

Sumber : Abg Nara & Rotikaya
0 Komentar untuk "Inilah Punca Nabil & Sepahtu Bersara Dari Maharaja Lawak Mega"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info