Fakta mengenai Kumpulan Zero yang mengejutkan anda semua.


Jika dilihat daripada jenaka yang mereka bawakan di atas pentas Maharaja Lawak Mega (MLM), bagaikan hanya perkara gembira sahaja yang dilalui oleh 3 beradik ini. 

Namun sebenarnya mereka mempunyai impian yang cukup besar untuk keluar daripada zon selesa dan melawan arus kebiasaan. 

1. Mereka sudah ketiadaan bapa dan tanggungjawab ketua keluarga, dipikul 3 beradik ini

2. Pekerjaan mereka bertiga sebelum bergelar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar

3. Arwah bapa mereka cacat penglihatan namun dapat membesarkan mereka – perkara ini sekaligus membakar semangat mereka untuk mengubah nasib keluarga

4. Syaiful berhenti belajar ketika Tingkatan Satu sahaja bagi membantu menyara kehidupan keluarga

5. Ketiga beradik ini mahir dalam ilmu mempertahankan diri iaitu Silat Gerak Kilat sejak dari kecil – diajar oleh bapa mereka

6. Daripada silat itu juga, mereka handal melakukan aksi akrobatik

7. Mereka mengakui bergaduh ketika mengeluarkan idea untuk dipersembahkan di pentas MLM demi mendapatkan idea yang terbaik

8. Syaiful, Kadir, Kunal berasal daripada suku kaum Bajau Simunul

9. Nama kumpulan Zero itu dicerminkan melalui kehidupan mereka yang disifatkan serba kosong

10. Syaiful yang juga terkenal dengan nama gelaran Melati akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan Februari ini.

Kongsikan 10 perkara ini agar dapat menjadi motivasi kepada rakan anda.

0 Komentar untuk "Fakta mengenai Kumpulan Zero yang mengejutkan anda semua."

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info