Bob Lokman Masuk Hospital Lagi?

Bob Lokman Ditahan Hospital Sg Buloh
Awal bulan Disember yang lalu Bob Lokman pernah dikejarkan ke Hospital di Taiping akibat sesak nafas dan tidak sampai  dua bulan, sekali lagi Bob Lokman dimasukan ke Hospital Sg Buloh .
Menurut Ustaz Ahmad Dusuki melalui laman Facebooknya, Bob Lokman kini terpaksa ditahan di wad CCU Hospital Sg Buloh kerana didapati jantung beliau mula kembali lemah.
                            
“Di kesempatan  ceramah malam maulidurrasul, saat jam menghampiri tengah malam, Kami bergegas ke Hospital Uitm Sg Buloh, bersama sepupu Yb Ust Nik Mohammad Abduh dan Ust Dr Riduan Mohd Nor menziarahi  Bob Lokman dan namanya pernah di puncak persada seni suatu ketika dahulu",ujarnya .
Oleh itu dikesempatan ini marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan Bob Lokman, Semoga beliau akan kembali sembuh dan sihat seperti sediakala amin .
0 Komentar untuk "Bob Lokman Masuk Hospital Lagi?"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info