Ya Allah!Anak Kurang Upaya Di Rantai Seperti…

image Ya Allah!Anak Kurang Upaya Di Rantai Seperti...
 Chen Xiantao yang tidak berpakaian dan dirantai di hadapan pintu gua.
Seorang warga tua di China, bertindak merantai kaki dan meninggalkan anak lelakinya yang buta serta mengalami kecacatan mental di dalam sebuah gua selepas kehilangan tempat tinggal wilayah Henan, China. Cheng Xiantao, 26, yang ditemui dalam keadaan kotor dan tidak berpakaian diikat menggunakan rantai besi dalam sebuah gua di pinggir kampung Chengling.
403932 Ya Allah!Anak Kurang Upaya Di Rantai Seperti...
Merenung masa depan
Bapa mangsa, Cheng Yuanchao, 70, mengaku bertindak sedemikian dengan alasan beliau telah kehilangan rumah dan terpaksa tinggal bersama anak perempuannya. Bagaimanapun menurutnya dia melawat anaknya tiga kali sehari dengan membawa makanan dan minuman agar dia tidak lapar atau kehausan. Dan dia juga mengakui terpaksa merantai anaknya untuk mengelakkan beliau dari lari atau mencederakan dirinya sendiri.
Rakaman gambar keadaan Cheng Xiantao yang tersiar di internet telah mendapat kritikan ramai yang menyifatkan tindakan Cheng Yuanchao seperti membela babi atau lembu.
0 Komentar untuk "Ya Allah!Anak Kurang Upaya Di Rantai Seperti…"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info