KEJAM! JANIN DIJUMPAI DI DALAM LOJI KUMBAHAN

foto janin minggu ke 10

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Seorang pekerja teknikal loji kumbahan terkejut menemui janin ketika membuat pemeriksaan dalam loji berkenaan di Jalan Metro 1, Kepong di sini pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, pekerja berkenaan ternampak satu objek melekat pada dinding batu tangki kumbahan sebelum mengangkat objek itu kepada skrin mekanikal untuk melihat dengan lebih jelas. Difahamkan, setelah pemeriksaan ke atas objek tersebut, pekerja berkenaan mendapati ia adalah janin cukup sifat yang tidak dikenal pasti jantina dipercayai dibuang ke dalam kumbahan itu. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan penemuan tersebut. - SINARHARIAN ON9
0 Komentar untuk "KEJAM! JANIN DIJUMPAI DI DALAM LOJI KUMBAHAN"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info