Kes ini sangat jarang dan menyakitkan bagi wanita. Bayangkan, dia tidak sedar hamil selama 40 tahun hingga janinnya menjadi batu.
Wanita berusia 82 tahun yang tidak disebutkan namanya ini mengalami lithopedion atau bayi batu, iaitu janin yang tidak berkembang dan berada di luar rahim, lapor Dailymail.co.uk.
Wanita itu hanya merasakan sakit perut luar biasa dan setelah diperiksa melalui scan, baru diketahui bahawa wanita tersebut membawa janin yang sudah membatu selama 40 tahun.
Ketika ini, wanita tersebut sedang menjalani pembedahan untuk membuang janin yang sudah tidak bernyawa itu.
Dr Kemer Ramirez dari Hospital Tunjuelito menyatakan bahawa pada mulanya dia menjangkakan ia adalah batu hempedu.
Namun, hasil ultrasound tidak menunjukkan tanda-tanda itu. Setelah dilakukan scan pada bahagian perut, barulah diketahui ada benda asing yang mirip ketumbuhan di perutnya.
Kes ini bukannya kes pertama yang berlaku. Menurut catatan, kira-kira 300 wanita dilaporkan mengalami kes membawa janin yang sudah membatu dalam tubuh mereka.
Kes pertama lithopedion pertama kali dilaporkan pada seorang wanita Perancis bernama Madame Colombe Chatri. Ketika itu dia berusia 68 tahun.
Bedah siasat kematiannya pada tahun 1582 menunjukkan bahawa beliau membawa bayi yang tidak berkembang dan sudah membatu di perutnya.
Dijangkakan, usia janin itu sudah berusia 28 tahun.
0 Komentar untuk "Gempar !! 40 Tahun Mengandungkan Janin !!"