Seorang wanita di Utah berusia 58 tahun kini mengandung dan bakal melahirkan cucu sulungnya sendiri.
Wanita tersebut ialah Julia Navarro yang menjadi ibu tumpang kepada pasangan anak perempuan dan suaminya selepas pasangan itu mengalami masalah kesuburan.
Buat masa ini kandungan itu sudah pun memasuki lapan bulan dan cucunya bakal dilahirkan pada bulan hadapan.
Bagi anak perempuannya Julia, Lorena McKinnon berkata dia dan suaminya sudah berusaha untuk mendapatkan anak Micah Mckinnon sejak tiga tahun lalu tetapi gagal.
Lorena yang berusia 32 tahun telah mengalami keguguran sebanyak 12 kali dan bagi tempoh paling lama dia mengandung sebelum keguguran ialah selama 10 minggu.
Setelah beberapa kali mencuba mendapatkan anak secara normal namun gagal, akhirnya pasangan Lorena dan Micah mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat ibu tumpang.
Pada ketika itulah, ibunya Julia menawarkan diri untuk menjadi ibu tumpang.
“Sebagai sebuah keluarga, kami seharusnya saling membantu antara satu sama lain,” kata Julia kepada akhbar Salt Lake Tribune.
0 Komentar untuk "Seorang Wanita Bakal Lahirkan Cucunya Sendiri"