Satu panggilan telefon telah dibuat oleh pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid semasa pesawat MH370 terbang rendah pada ketinggian 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangannya.
Penyiasat sedang mengumpul segala jenis maklumat berkaitan bagi merungkai apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat tersebut.
Pesawat penerbangan dengan 239 penumpang berkenaan terbang pada ketinggian yang cukup rendah bagi membolehkan isyarat telefon bimbit itu dikesan oleh pemancar telekomunikasi di daratan.
Siapa yang dihubungi oleh Fariq juga tidak berjaya diperolehi kerana maklumat ini masih berada pada peringkat siasatan.
Namun begitu, panggilan tersebut terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan.
0 Komentar untuk "Juruterbang MH370 cuba Hubungi seseorang semasa pesawat MH370 terbang rendah"