(Sedih) Budak Meninggal Dunia kerana Smartphone!



Seorang kanak-kanak di Mumbai maut apabila telefon bimbitnya meletup. Mangsa mengalami kecederaan yang teruk di bahagian pipi dan tapak tangan kanan.

Sebelum kejadian, kanak-kanak malang itu dikatakan menjawab panggilan dari telefon bimbit yang sedang dicas. Sewaktu menjawab panggilan tersebut, telefon bimbit berkenaan bergetar dengan kuat lalu baterinya meletup mengakibatkan pipi dan tapak tangan mangsa terbakar.

Akibat dari insiden itu, kanak-kanak malang terbabit meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

Ambil iktibar dari kejadian ini. Rata-rata pengguna telefon bimbit di negara kita gemar menggunakan telefon bimbit sewaktu di cas. Perkara ini boleh terjadi pada mana-mana jenis telefon bimbit.

Ingat, malang tidak berbau.
0 Komentar untuk "(Sedih) Budak Meninggal Dunia kerana Smartphone!"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info