Terbongkar! Kembar Barack Obama ada di Malaysia!

iman
Saya tertarik apabila terbaca sebuah artikal mengenai seorang lelaki yang dikatakan memiliki wajah seiras Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Namanya Iman Ishak, 25, dan merupakan seorang peguam. Difahamkan dia yang juga seorang DJ menyuarakan rasa kecewa terhadap renungan orang di sekelilingnya tetapi mendapat perhatian yang menggalakkan dan menyeronokkan terutamanya dari rakan-rakan.
“Saya menyedari saya mirip Obama yang bertanding pada pilihan raya 2008.  Seorang pensyarah bahasa Inggeris yang sedang membaca artikel menoleh kepada saya dan berkata saya kelihatan seperti Obama,” kata Iman.
Walaupun Iman tidak melihat persamaan di antara mereka, rakan-rakannya memberitahu senyuman, telinga dan gaya yang bersahaja, menyebabkan dia disamakan dengan Obama.
Iman mengimbau kembali kenangan ketika dia bersama keluarga berkunjung ke Madame Tussauds di London yang menempatkan patung lilin Obama.

Ramai pengunjung memandangnya tidak berkelip apabila dia berdiri di sebelah patung itu, terkejut dengan persamaan mereka.
“Saya sentiasa dengar orang berbisik atau menoleh ke arah saya semasa berada di sana. Saya tidak terlalu memberikan perhatian dan pada satu ketika anda sudah lali dengannya. Adakalanya, apabila saya menyedari ada orang merenung saya, saya akan berjalan kepada mereka dan berkata hey,” katanya
Iman pernah ditugaskan untuk membawa kumpulan hip hop popular, Wu-Tang Clan yang berkunjung ke Malaysia untuk mengelilingi negara ini.
Selepas beberapa kali memandang gambar Iman, salah seorang ahlinya, Raekwon berkata ‘Siapa lelaki yang mirip Obama ini?’.
Iman mengetahui lawatan ‘kembarnya’ ke Malaysia menerusi rakan-rakan dan ahli keluarga yang mencadangkan peluang mereka untuk bertemu antara satu sama lain. Tapi bukan senang rasanya Iman nak jumpakan sedang Presiden itu telah pun mempunyai aktiviti padat tersusun sehingga ada juga beberapa individu tersentap kerana tak dapat slot bersemuka dengannya.
Tak apalah Iman, impian itu indah mana tau ada rezeki kan?..
0 Komentar untuk "Terbongkar! Kembar Barack Obama ada di Malaysia!"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info