Blogger Sayuti Omar mendakwa lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Jepun, Korea, Malaysia, Filipina adalah perjalanan untuk mencari kekuatan dan sokongan.
Katanya perjalanan Obama bukan untuk melihat keindahan panorama di Asia.
“Amerika begitu takut kepada China yang bangkit dalam kuasa perdagangan baru. Sebagai sebuah negara yang membentuk empayar, Obama dapat merasakan apa akan berlaku untuk 50 dekad akan datang,” katanya dalam posting terbaharu blognya www.msomelayu.blogspot.com
Dakwanya, unjuran yang dibuat oleh pakar ekonomi meletakkan China akan berada di atas Amerika daripada segi ekonomi pada 2028 menjadi bayangan ketakutan Obama.
“Sebagai presiden yang akan tamat tempoh perkhidmatanya tidak lama lagi menjadi tugas Obama meletakkan Amerika di atas landasan benar sekiranya dia mahu dikenang oleh rakyat Uncle Sam itu,” tambhanya.
Sayuti mendakwa hari ini China sedang mengembangkan perdagangannya dalam serba serbi bidang.
Negara Asean sudah ditakluki dengan kuasa ekonominya. Bahkah penyumbang kepada perbendaharaan kedua kepada Amerika juga adalah perdagangan dari China,” katanya.
Katanya lagi, Obama sangat bimbang dengan apa yang sedang dilakukan China.
“Justeru beliau sudah dapat menghidu nasib Amerika. Dalam keadaan Amerika sendiri ekonominya sedang berantakan, maka sesuatu perlu disiap-sediakan dari sekarang,” ujarnya.
Beliau menambah dalam bacaan orang seperti Obama, penjajahan dan peperangan tidak akan berhenti.
“Perang dan penindasan akan berkembang selari dengan kemajuan manusia. Bagi falsafahnya peperangan dihalalkan untuk meneruskan keagungan. Peperangan merupakan jalan untuk survive sesebuah negara,” tegasnya.
Beliau berpendapat tidak mustahil apabila Amerika sudah tenat sampai ke paras leher, peperangan harus dilancarkan juga.
“Untuk tujuan itu, Amerika dan Obama harus membuat persiapan ke arah kesimpulan dan keputusan yang amat dibenci dunia itu. Jadi kedatangan presiden Amerika ke negara ini adalah dalam rangka kempen untuk menguatkan kedudukannya atau dalam kata lain mengenal pasti di manakah beliau hendak tumpang meletakkan meriamnya untuk berdepan dengan perang,” dakwanya.
Katanya, apa yang hendak disampaikan di sini ialah jangan rakyat negara ini menerima kedatangan Obama itu seperti kehadiran bintang bola sepak atau bintang filem Bollywood atau Hollywood, kerana kedatangan seorang presiden membawa mesej peperangan bukannya kemanusiaan.
Sayuti berharap kedatangan Obama ke Malaysia jangan dipuja seolah-olah Obama adalah seorang presiden yang berbeza dengan presiden Amerika sebelum ini yang suka mengeksplotasikan keadaan demi bumi Amerika dan mahu menunjukkan kekuasaan Amerika.
“Kononnya Obama seorang presiden yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi dan tidak suka kepada kontroversi, membenci peperangan dan penganiayaan kepada manusia,” katanya.
Tambahnya, keterujaan rakyat negara ini termasuk pemimpin sendiri, bukan saja kepada kehebatan kepimpinan Obama tetapi sampai kepada kapal terbang dan kereta rasmi yang dibawa dari Amerika juga dipuji kehairanan.
“Diberi ulasan dan penghuraian terperinci mengenai kehebatan dan kecanggihan kereta Bluefin-21 yang siap dengan sonar dan boleh menyelam ke dalam laut dan dilengkapi dengan segala kemudahan, keselamatan dan kesihatan untuk Obama. Di atas kereta itu juga ada bank darah yang sama jenis dengan darah Obama. Jenis XXO,” dakwanya.
Beliau mengingatkan walaupun siapa Obama dia tetap presiden Amerika.
“Kita perlu kenal siapa Amerika, sebuah negara yang dianggap sebagai polis dunia. Amerika menggunakan kekuatannya untuk menakluki negara-negara kecil demi kepentingannya,” dakwanya lagi. ~fmt
0 Komentar untuk "Punca Sebenar Obama Melawat Malaysia Akhirnya Terbongkar"