Akibat berkongsi sekeping gambar dirinya didukung oleh seorang lelaki, Yana Samsudin menerima kecaman yang amat hebat daripada para pengikutnya di Instagram. Ramai yang melahirkan rasa kecewa dan membidas Yana kerana perbuatan tersebut adalah berdosa akibat membenarkan lelaki bukan muhrim mendukung dirinya. Yana Samsudin ternyata kecewa membaca reaksi para pengikutnya.
Namun pelakon jelita ini mempunyai penjelasannya yang tersendiri. Kata Yana menerusi Harian Metrohari ini:-
Mungkin mereka yang tentukan dosa saya. Gambar itu diambil ketika saya dalam keadaan darurat sebab kaki terseliuh dan tak boleh berjalan langsung. Nak tak nak kenalah (lelaki) yang kuat tolong saya.Kalau nak harapkan saya berjalan lambatlah jadinya. Kami pula kejar masa untuk lengkapkan jadual penggambaran. Saya tahu apa yang saya buat. Terima kasih kepada yang terlebih prihatin. Sedih pula bila jadi begini.
Biasalah kadang-kadang para peminat ini lebih prihatin. Itu tandanya mereka sayang kepada selebriti kesayangan mereka. Kadang-kadang penjelasan yang tidak lengkap untuk sekeping gambar boleh menyebabkan timbul salah faham. Itu adalah lumrah. Kalau dah darurat nak buat macam mana kan? Takkanlah Yana nak merangkak pula ke set penggambaran. Tak apalah Yana. Yang penting anda tahu apa yang anda lakukan. Tak gitu?
0 Komentar untuk "Mungkin Mereka Yang Tentukan Dosa Saya – Yana Samsudin"