Selepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui rangkaian media sosial, Instagram.
Bagaimanapun, kali ini apa yang ditulisnya lebih bermotifkan mencari kebenaran yang didakwa disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.
“Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik… oleh sebuah kuasa besar,” tulisnya.
Intan sebelum ini pernah meluah perasaan menerima kehilangan Rain yang beliau sifatkan “masih ada” dan menyimpan harapan bahawa suatu hari nanti suaminya akan pulang.
Pada 27 Mac lalu, iaitu 2 hari selepas Intan meluah perasaannya di dalam media sosial, Astro Awani melaporkan keperitan Intan untuk menerangkan keadaan kepada anaknya yang bertanya bilakah bapanya akan pulang.
Dalam pada itu, Astro Awani turut dihubungi oleh seorang waris penumpang MH370 yang dipanggil untuk satu pertemuan bersama Kementerian Luar dan pihak berkuasa pada Ahad, 20 April lepas.
Dia yang enggan dikenali menyatakan, keluarga waris seakan-akan tidak boleh mengawal perasaan dan menjerit-jerit sepanjang Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin menjelaskan situasi dan langkah susulan yang akan diambil berhubung insiden MH370 ini.
“Waktu mesyuarat dengan Hamzah itu memang teruk, gaduh jerit-jerit di dalam dewan itu,” ujar waris berkenaan.
Katanya, waris juga tidak bersetuju mengenai isu bantuan kewangan dan sijil kematian yang dikemukakan kementerian.
“Keluarga mahu bukti fizikal, walau jumpa satu `body’ pun jadilah.
“Pada masa itu Intan bangun dan kata, bagaimana hendak percaya, tidak ada satu bukti langsung. Intan tanya apakah benar pesawat itu jatuh ke dalam laut dan semua pihak berkenaan senyap seribu bahasa,” jelasnya.
Waris itu turut berada dalam pertemuan tertutup selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu bersama 40 waris. Sesi penerangan itu juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
“Saya tak tahan dengar dan terus balik,” katanya.
Pada sidang media selepas pertemuan itu, Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat.
Hamzah berkata, perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan waris yang dilakukan pada sebelah pagi.
Beliau juga mengumumkan kerajaan sedang mempertimbangkan satu tarikh untuk mengumumkan pengesahan beberapa isu melibatkan penumpang dan anak kapal pesawat itu. – ASTRO AWANI
Home
»
info
»
isu semasa
»
serius
»
MH370: Isteri Pramugara Luah Perasaan, Yakin Insiden Satu KOMPLOT
jawatan kosong dibawah
Popular Posts
-
MH370 masih diselubungi misteri .Bukan misteri nusantara tapi misteri alamaya.Didakwa seorang penumpang MH370 membuat satu posting dari...
-
Gambar yang sangat mengejutkan! Jikalau anda tahu, siapakah gerangan dalam gambar ni? Tidak syak lagi, itulah Sultan Kelantan Darul Nai...
-
Sepertimana yang kita tahu, Hukum Hudud telahpun dilaksanakan di Brunei. Kini pula Kerajaan Brunei juga telah mengharamkan penggunaan 19 p...
-
Gol tersebut terhasil ketika perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2011 Terengganu lwn Selangor tengok video dibawah
-
Akhbar Vietnam hari ini membuat ulasan yang cukup kelakar apabila menyifatkan Indra Putra sebagai Eric Cantona manakala Safee Sali pula ...
Powered by Blogger.
ILMU AKHIRAT
ARTIKEL TERBARU
-
▼
2014
(326)
-
▼
April
(28)
- Penjelasan Restoran Samudra Exotic River Fish Isu ...
- 8 Jenis Makan yang tidak sesuai diberikan kepada Bayi
- MENGERIKAN : Gambar mekanik pesawat Boeing hancur ...
- 5 Gambar Reaksi Barack Obama selepas makan budu Ke...
- Punca Sebenar Obama Melawat Malaysia Akhirnya Terb...
- Komen 'Pedas' warga Singapura mengenai kereta Proton
- Sedih... Kisah Pengantin Perempuan Meninggal Dunia...
- 12 Ciri Menarik Kenderaan Rasmi Presiden US, Bara...
- (Sedih) Budak Meninggal Dunia kerana Smartphone!
- Pelajar perempuan Bangga kongsi gambar air Mani di...
- 2 abang DURJANA #RATAH adik kandung sejak 10 tahun...
- Siapa Obama Sebenarnya?
- Cara Jimat Elektrik yang Berkesan (dari Staff TNB)
- Penyampai TV Al-Hijrah diugut sebar Video Aibnya d...
- Terbongkar! Kembar Barack Obama ada di Malaysia!
- Mungkin Mereka Yang Tentukan Dosa Saya – Yana Sams...
- Misteri Kehilangan Ustazah Akhirnya Terjawab!
- ATAS NAMA SENI, PELUKIS WANITA MEMASUKKAN & MEMECA...
- Jawapan Penuh Sham Kamikaze Terhadap Tuduhan Ister...
- MH370: Isteri Pramugara Luah Perasaan, Yakin Insid...
- Awas Scammer Jual CD PES Malaysia
- USTAZ MUSTAFFA KAMAL JAWAB ISU CERAMAH USTAZ DON D...
- Status Wardina Safiyyah Kecam Ceramah Ustaz Don Da...
- Punca sebenar lelaki lapor polis laungan azan di M...
- Juruterbang MH370 cuba Hubungi seseorang semasa pe...
- Luahan sayu Nurul Shuhada, mangsa cabul Prof Izzi ...
- 5 Gambar yang paling Bangang dan Memualkan
- Israel sudah mengetahui lebih awal sebelum berlaku...
-
▼
April
(28)
ShareThis
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "MH370: Isteri Pramugara Luah Perasaan, Yakin Insiden Satu KOMPLOT"