Dunia hiburant telah dikejutkan dengan pemergian penyanyi popular Izwan Pilus, akibat jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus yang serius.
Izwan, 32, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang
2.ACIK SPIN
Dua minggu selepas kehilangan Din Beramboi, Acik Spin (Abdillah Murad Md Shari) pula terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalanraya di KM 14 Lebuhraya Kajang Seremban, dengan kereta Toyota Estima yang dipandu oleh sahabatnya terbabas. Allahyarham meninggal dalam usia 28 tahun pada 17 April 2010...
3.DIN BERAMBOI
Pelawak dan DJ radio popular Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad Mior Badri) meninggal dunia pada usia 44 tahun kerana mengidap demam Denggi berdarah, di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pada 2 April 2010. Pemergian Allahyarham disaksikan oleh ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah...
4.DATO SOSILAWATI LAWIYA(TOKOH KORPORAT)
Sebelum umat Islam menyambut kemeriahan Syawal tahun ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kehilangan bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati Lawiya, 47...Kematian jutawan kosmetik sensasi ini mencatat rekod jenayah baru .
5.FAIZAL YUSOF
Al Fatihah kepada bekas suami Siti Nordiana, Faizal Yusof yang telah disahkan meninggal dunia. Punca kematian dikatakan daripada sakit jantung. Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan jam 10 pagi (2 Januari 2011). Semoga segalanya dipermudahkan. Al-Fatihah...
6.ARIFF JOHAN
KUALA LUMPUR, 7 OGOS 2013: Bekas suami penyanyi Atilia, Ariff Johan Abdul Jalil telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti, Petaling Jaya, kira-kira jam 12 tengah malam tadi...
Ariff Johan meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat penyakit kanser hati. Kematian Ariff Johan telah disahkan sendiri oleh penyanyi evergreen, Salamiah Hassan yang juga adalah bekas ibu mertuanya...
Kata Salamiah Hassan kepada kami, walaupun Ariff Johan dan Atilia sudah lama berpisah, namun pemergian Ariff Johan benar-benar menyedihkan buat dia sekeluarga...
7. Along Spoon
Sedar atau tidak, sudah 12 tahun Sabi'ul Malik atau lebih popular dengan panggilan Along Spoon meninggalkan kita semua. Bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu kumpulan Spoon pastinya tidak dapat melupakan penyanyi yang pernah mencetuskan satu fenomena dalam industri hiburan tanah air suatu ketika dulu ini.
8. Sudirman
Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia).
Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia).
9. P Ramlee
P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa yang bertarikh 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat sakit jantung semasa mahu tiba di Hospital Kuala Lumpur dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
10. Nabil
P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa yang bertarikh 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat sakit jantung semasa mahu tiba di Hospital Kuala Lumpur dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
10. Nabil
KUALA LUMPUR, 18 JUN 2014: Jika sebut nama Nabil Abdul mungkin ramai yang kurang mengenali siapakah pemilik nama tersebut. Namun begitu, Nabil yang baru sahaja 29 tahun itu telah kembali ke Rahmatullah semalam, Selasa lebih kurang jam 10.30 pagi di Hospital Ampang.
Mari kita sedekahkan Al-Fatihah semoga roh mereka dicucuri rahmat
0 Komentar untuk "10 Artis & Selebriti Yang Meninggal Dalam Usia Muda"