MLM 2014: Pemberian Bintang Beri Kesan Kepada Kami – SYJ




Penyingkiran kumpulan SYK yang dianggotai oleh Jihan Muse, Yassin dan Syuk di minggu kesepuluh sedikit memberi kejutan buat peminat dan penonton Maharajalawak Mega 2014.
Tidak dinafikan perjalanan SYJ untuk edisi MLM kali ini agak perlahan dan kurang menyerlah seperti tahun lalu namun mereka masih dianggap kumpulan yang mampu memberi saingan hebat kepada peserta lain.
Menurut Jihan, bilangan bintang oleh pihak juri sememangnya memberi kesan kepada pengundian penonton dan juga pemarkahan setiap kumpulan di pentas MLM 2014.
“Kadang kala kami memang tidak boleh jangka berapa bintang yang bakal diterima dan ya kami tidak menolak ianya sedikit memberi kekecewaan. Tapi pemberian bintang memberi kesan kepada perjalanan kami,” jelas Jihan mewakili kumpulan SYJ.
0 Komentar untuk "MLM 2014: Pemberian Bintang Beri Kesan Kepada Kami – SYJ"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info