Gambar Pemain Bola sepak Tempatan bersama Kereta Mewah mereka.


Pemain bola dan kereta mewah memang tidak dapat dipisahkan. Kali ini ianya bukan tentang pemain bola JDT ataupun Selangor. Apa yang menarik perhatian kami adalah sekeping keratan akhbar yang memaparkan gaya pemain bola sepak Malaysia bersama kereta mewah milik mereka.

Keratan akhbar ini mungkin dikeluarkan pada tahun 1986. Memang menarik melihat definisi kereta mewah 19 tahun dahulu. Honda, Mitsubishi dan Toyota adalah antara pilihan pemain bola sepak Wilayah Persekutuan. Dan antara pemain yang dipaparkan termasuklah Shebby (Sergabeth) Singh, Razip Ismail, Fandi Ahmad dan Saidin Osman.


Jika anda perasan kadar harga kereta pula adalah antara RM11,000 sehingga RM47,000. Zaman sekarang, kita dapat kereta apa ye?

Yang paling klasik ialah kereta Toyota Truno AE86 milik Fandi Ahmad. Disebabkan cerita Initial D, sebuah cerita komik Jepun yang kemudian diadaptasi menjadi cerita wayang, kereta ini masih berharga RM50,000, walaupun ia telah dibina hampir 20 tahun yang lalu.

p/s: Di bawah pula sempat kami muatkan beberapa keping gambar yang diperoleh dari sebuah blog, antara kereta yang dimiliki oleh pemain bola sepak tempatan:

Mitsubishi Lancer milik Mohd Daudsu Jamaluddin (JDT)

Volkswagen milik Norshahrul Idlan Talaha

0 Komentar untuk "Gambar Pemain Bola sepak Tempatan bersama Kereta Mewah mereka."

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info