Seperti yang semua sedia maklum, setiap kali laporan berita disiarkan secara langsung, pihak produksi akan memastikan ia dibuat secara teliti agar berjalan lancar dan tidak menampakkan sebarang cacat cela.
Namun lumrah kehidupan, kadang-kadang apa yang dirancang tidak berjaya dilaksanakan seperti yang dikehendaki.
Buat pihak produksi, situasi seperti ini memang akan memeningkan kepala. Tapi buat penonton, ia merupakan insiden yang akan membuatkan mereka tak kering gusi.
Memetik sumber dari portal Mynewshub, di bawah adalah situasi-situasi canggung yang berlaku ketika siaran secara langsung dipaparkan di kaca televisyen.
1. Rasanya, kalau krew tersebut tidak bertindak dengan keluar dari set secara tergesa-gesa (berlari secara ‘reverse’) dan memilih untuk buat biasa-biasa sahaja, insiden ini tidak akan menjadi kelakar, kan?
2. Kalau insiden di atas menjadi kelakar disebabkan krew bertindak berlari secara tergesa-gesa, tetapi dalam kejadian ini, individu di belakang mengambil keputusan untuk bergerak secara perlahan-lahan sambil menolak kerusi rodanya.
3. Sebenarnya, masalah paling utama yang selalu menimpa jurukamera dan wartawan penyiaran adalah untuk mengawal tingkah laku orang awam. Tak percaya, tengoklah insiden di atas!
4. Ya, insiden ini juga agak kelakar kerana wanita di belakang bertindak menunduk secara laju-laju setelah tersedar dirinya turut dirakam. Panik agaknya!
5. Insiden tak dijangka seperti imej-imej di atas juga pernah menimpa stesen TV di Malaysia apabila salah seorang krew produksi secara tidak sengaja memasuki set pembaca berita dan menyerahkan salinan berita kepada ‘anchor’ ketika siaran sedang keudara.
6. Selain itu, ada satu insiden ‘comel’ yang berlaku terhadap pelakon yang juga pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Wardina Safiyyah apabila dia tersasul mengumumkan rancangan tersebut sudah sampai ke penghujung siaran sedangkan mereka masih bersiaran.
0 Komentar untuk "Insiden-insiden Tak Dijangka Ketika ‘Live’ Di TV"