3 Sebab SYJ Tersingkir Dari Pentas MLM2014

1. Akui Kadangkala Tidak Faham Lawak Yang Dipentaskan

2. Undian Rendah

3. 
SYJ satu-satunya kump yg bila perform x penah menepek sesama sendiri, tak penah la nak buat ayat2 pancing "wah punchline ko", idea sentiasa original xde ciplak dan recycle, usaha cukup nampak,semua ahli buat keje sama rata xde nak up2 kan diri masing2..TAPI..SYJ x cukup popular mcm team lain yg mengata diri sendiri atau buat lwk pki spender kwn pun org gelak sgt dah (kesian Malaysian ni kdg2)..Nama pun dunia hiburan..Populariti tetap yg pertama..Keep it up SYJ..!! - Komen dari peminat





Perjalanan kumpulan SYJ yang dianggotai oleh Jihan Muse, Yassin dan Syuk berakhir sebentar tadi di pentas Maharajalawak Mega 2014 selepas menerima undian terendah di minggu kesepuluh.
Dengan tema Trend Terkini dan Radio, tiga nama diumum berada di kelompok tiga terbawah ialah SYJ, Nabil dan Zero. Penyingkiran SYJ diumumkan sendiri oleh Farah Quinn, salah seorang barisan juri MLM 2014.
Namun sebelum meninggalkan pentas MLM, Jihan dan Yassin mewakili kumpulan SYJ sempat berkongsi perasaan mereka setelah sepuluh minggu bersaing hebat mengharungi pelbagai tema yang mencabar.
“Terima kasih kepada para peminat dan penonton yang sentiasa menyokong kumpulan SYJ seawal minggu pertama MLM 2014 bersiaran. Semoga anda terhibur dengan persembahan kami dan jujur kami akui kadangkala kami sendiri tak tahu apa kami buat di atas pentas ini.
“Setidaknya apa yang kami cuba sampaikan itu diketahui Allah SWT. Teruskan menyokong kumpulan SYJ dan kami tidak akan berhenti di sini sahaja,” jelas Jihan dan Yassin ringkas.
Penyingkiran SYJ di minggu sepuluh memberi peluang serta tekanan terbaru buat enam  kumpulan yang lain untuk merebut tempat ke peringkat akhir yang akan berlangsung kelak. 

Program MLM 2014 yang dihoskan oleh Dato’ AC Mizal bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Shah Alam setiap Jumaat, bermula pukul 10 malam dan boleh ditonton di Astro Warna saluran 132 dan Mustika HD saluran 134. 
Layari www.zonlawak.com.my dan www.maharajalawakmega.com.my  untuk menonton video persembahan dan foto terkini MLM 2014!
0 Komentar untuk "3 Sebab SYJ Tersingkir Dari Pentas MLM2014"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info