Luahan Hati Zizan Sejurus Virus Tersingkir









>Zizan bagaimanapun tampil menafikan dakwaan Virus masih kekal kerana ada konspirasi dari pihak Astro.

"Mungkin itu adalah rezeki kami semua jika tiada penyingkiran. Saya rasa tiada konspirasi pun mengenai hal itu.Saya sendiri pernah mengacara program realiti dan saya percaya pihak Astro sememangnya berlaku adil."

NAFI TIADA PERSEFAHAMAN


#Berikutan prestasi hambar daripada Virus, ada pihak mendakwa Zizan, Yus, dan Tauke tiada persefahaman. Iyalah kalau diperhatikan betul-betul, gandingan mereka bertiga ini macam tak ngam. 

"Sejujurnya saya langsung tiada masalah dengan Yus dan Tauke. Kalau orang cakap kami ada masalah persefahaman memang jauh sekali.
Tambahan pula kami tak pernah bergaduh walaupun dari segi idea. Kami saling bertegur dan masing-masing beri tunjuk ajar."kata Zizan..



Sumber: ohbulan
1 Komentar untuk "Luahan Hati Zizan Sejurus Virus Tersingkir"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info