Penyelam Yang Mencari Pesawat QZ8501 Alami Panyakit Misteri

QZ8501: 19 penyelam alami penyahmampatan antara punca TNI tarik diri misi SAR
Walaupun tanpa penyelam dari TNI, operasi pencarian dan pemindahan mangsa korban QZ8501 akan diteruskan pada Sabtu ini oleh pasukan Basarnas. - GAmbar fail

JAKARTA: Keputusan pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI) menarik diri secara rasmi daripada misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 di Selat Karimata pada Selasa lalu agak mengejutkan, namun tidak ramai yang tahu ramai penyelamnya mengalami masalahdecompression(penyahmampatan) akibat operasi tersebut.

Penyahmampatan merujuk kepada keadaan penyelam mengalami komplikasi kerana kandungan nitrogen berlebihan dalam darah hingga menyebabkan terbentuknya gelembung-gelembung dalam tisu seterusnya menjejaskan bahagian dalaman tubuh.

Penyahmampatan juga membawa komplikasi embolisme gas arteri (AGE) iaitu apabila gelembung-gelembung mula masuk ke dalam paru-paru melalui salur darah sehingga merosakkan tisu-tisu atau menyekat peredaran darah.

TNI memberitahu, sejumlah 19 dari 81 anggota penyelamnya telah mengalami penyahmampatan selepas membuat pengumuman penarikan pasukan tersebut dari lapangan SAR.

Selain dicabar kuasa alam, pasukan penyelam dalam misi tersebut tersebut telah membahayakan nyawa sendiri berikutan kekerapan sesi menyelam, bergerak tanpa henti dalam jarak kedalaman berbeza serta  tempoh lama di dalam laut.

"Penyelam yang sudah dikenal pasti mengalami penyahmampatan ada 19 orang. Sekarang ini rawatan yang sewajarnya telah dilakukan oleh pasukan kesihatan TNI,” ujar Ketua Badan SAR Nasional (Basarnas), Bambang Soelistyo di Jakarta.

Selain faktor masalah kesihatan tersebut, keputusan TNI menarik diri daripada misi SAR adalah kerana dalam beberapa hari terakhir pencarian, tidak banyak yang ditemukan di dasar laut Selat Karimata itu.

Mulai Sabtu ini, operasi pencarian dan pemindahan mangsa korban QZ8501 akan diteruskan pasukan Basarnas tanpa bantuan daripada TNI.

Terdapat 25 penyelam dari Pasukan Khas Basarnas, 20 penyelam dari pasukan SKK Migas, dan 15 penyelam tradisional dari Kotawaringin, Kalimantan Tengah sudah bersedia meneruskan misi.

Selain itu, dua helikopter milik Basarnas, sebuah pesawatfix wingyang disediakan AirAsia dan empat kapal laut turut terlibat dalam misi pencarian seterusnya.

Penerbangan QZ8501 telah hilang daripada imbasan radar pada 28 Disember lalu semasa dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia. Ia membawa bersama seramai 155 penumpang dan tujuh anak kapal.

Sehingga TNI mengumumkan untuk menarik diri daripada misi SAR tersebut dua hari lalu, sejumlah 70 mayat mangsa nahas sudah ditemukan.


0 Komentar untuk "Penyelam Yang Mencari Pesawat QZ8501 Alami Panyakit Misteri"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info