Senarai Terkini Pemain Bola Sepak Paling Kaya di Dunia

Senarai terkini pemain bola sepak paling kaya ni adalah yang paling latest sekali bagi tahun 2014 ni. So kalau korang pernah terbaca mengenai pemain bola sepak terkaya sebelum-sebelum ni mungkin sekarang sudah berubah.
Pemain Bola Sepak Paling Kaya Dunia
Jom usha siapa pula pemain bola sepak yang disenaraikan sebagai Top 10 Paling Kaya di Dunia ketika ini. Jangan terkejut kalau nama pemain bola sepak tempatan seperti Safiq Rahim dan juga Safee Sali pun termasuk dalam list ini ya..

Senarai Terkini Pemain Bola Sepak Paling Kaya

Senarai ini akan dimulakan dengan pemain yang berada di tangga ke sepuluh terlebih dahulu dan seterusnya berturutan sehingga kepada pemain yang berada di kedudukan teratas dalam carta pemain bola paling kaya di dunia bagi tahun 2014 ini.

10) Kaká
Kaká
Bekas pemain Real Madrid ini merupakan salah seorang pemain terbaik dunia dan ketika zaman kemuncaknya Kaka memang sangat digeruni oleh pihak lawan kerana kebolehannya melakukan hantaran tepat serta menjaringkan gol. Berasal daripada Brazil dan kini bermain untuk kelab AC Milan, Kaka dilaporkan menerima gaji sebanyak USD 19.3 juta setahun.
Jumlah itu adalah hasil daripada gaji utama sebanyak USD 13.8 juta dan selebihnya USD 5.5 juta adalah daripada penajaan dan pelbagai insentif lain.

9) Zlatan Ibrahimovic
Zlatan Ibrahimovic 2014
Terkenal dengan koleksi jaringan luar biasa sepanjang kariernya, Ibrahimovic berjaya mengekalkan nama beliau dalam senarai terkini pemain bola sepak terkaya dunia pada tahun ini dengan pendapatan lumayan daripada kelab yang diwakilinya sekarang iaitu PSG (Paris Saint-Germain).
Dikedudukan ke sembilan, Zlatan Ibrahimovic menerima gaji tahunan sebanyak USD 19.7 jutatermasuk USD 17.2 juta gaji pokok bersama nilai tajaan dan pengiklanan dengan pendapatan sehingga USD 2.5 juta.

8) Fernando Torres
Fernando Torres Chelsea
Fernando Torres merupakan pemain penting buat Chelsea terutamanya dalam perlawanan besar dan penting kerana beliau sering memberikan kejutan dengan jaringan di saat-saat genting buat pasukan itu. Torres juga merupakan salah seorang pemain kebangsaan Sepanyol dengan kejayaan paling banyak, dimana beliau memenangi hampir kesemua piala utama diperingkat Eropah yang menjadi idaman ramai termasuklah trofi Piala Dunia dan juga kejuaraan di Liga Juara-Juara.
Tahun ini Torres menerima gaji kira-kira USD 20 juta melalui bayaran penajaan dan pengiklanan sebanyak USD 3 juta manakala selebihnya adalah gaji yang diterima daripada kelab dan negara sebanyak USD 17 juta.

7) Neymar
Neymar
Selepas perpindahan ke Barcelona, prestasi pemain Brazil ini dilihat semakin merosot. Selain itu Neymar juga sering menjadi mangsa kritikan media dan juga peminat bola sepak kerana aksinya yang suka berpura-pura sakit di atas padang sewaktu perlawanan sedang berlangsung.
Walaubagaimanapun Neymar masih mampu berbangga dengan pendapatan tahunannya yang tinggi iaitu sebanyak USD 20.5 juta pada tahun ini. Sebanyak USD 10.5 juta diperoleh daripada gajinya sebagai pemain bola sepak di kelab Barcelona manakala USD 10 juta lagi diperoleh daripada pengiklanan dan penajaan produk.

6) Yaya Toure
Yaya Toure
Dilabelkan sebagai pemain tengah terbaik di Liga Perdana Inggeris, Yaya Toure merupakan perancang utama bagi pasukan Manchester City dan juga Ivory Coast.
Beliau merupakan pemain ke enam dalam senarai pemain bola sepak paling kaya dunia dengan jumlah keseluruhan pendapatan untuk 2014 sebanyak USD 20.7 juta; USD 2.5 juta daripada penajaan dan iklan-iklan lumayan dan sebahagian besar yang lain adalah pendapatan pokoknya iaitu sebanyak USD 18.2 juta.

5) Didier Drogba
Didier Drogba
Pemain bintang Galatasaray ini pernah berkhidmat bersama pasukan Chelsea di EPL. Merupakan kapten pasukan kebangsaan, Didier Drogba adalah penjaring terbanyak dalam sejarah pasukan Ivory Coast sepanjang zaman.
Pada tahun 2014 ini, Drogba menjana pendapatan yang tinggi dengan jumlah total sebanyakUSD 20.8 juta dengan pecahan USD 15.8 juta diperoleh daripada karier sebagai pemain bola sepak dan USD 5 juta lagi hasil daripada syarikat penajaan dan iklan-iklan yang menampilkan Drogba sebagai duta dan jurucakap.

4) Sergio Aguero
Aguero 2014
Sergio Kun Aguero berasal daripada Argentina dan beliau merupakan tonggak utama bagi pasukan kebangsaan di kejohanan Piala Dunia 2014 yang akan berlangsung di Brazil bulan Jun nanti. Pemain yang pernah berkahwin dengan anak perempuan lagenda bola sepak, Diego Maradona ini sekarang berkhidmat untuk kelab Manchester City dengan gaji yang sangat lumayan.
Menurut laporan, Aguero menerima USD 20.9 juta pada tahun ini secara keseluruhannya. Dan daripada jumlah besar tersebut, USD 17.4 juta diperoleh melalui gaji dan USD 3.5 juta yang lainnya adalah daripada iklan dan tajaan produk ternama.

3) Wayne Rooney
Rooney
Pemain bola sepak dengan gaji tertinggi di Liga Perdana Inggeris ini adalah seorang pemain paling berbakat yang pernah dilahirkan oleh England. Merupakan penyerang profolik Manchester United, Wayne Rooney tersenarai di tempat ketiga pemain bola sepak paling kaya di dunia untuk tahun 2014 ini.
Rooney dianggarkan menerima sejumlah USD 21.1 juta secara keseluruhannya dengan sebahagian besar adalah daripada gaji daripada kelab dan negara sebanyak USD 18.1 juta dan baki USD 3 juta dijana menerusi pendapatan komersil.

2) Lionel Messi
Lionel Messi
Lionel Messi merupakan pemain bola sepak paling berbakat di dunia dan pada waktu ini Messi masih lagi bermain untuk kelab Barcelona yang juga satu-satunya kelab yang pernah diwakili oleh beliau. Berasal daripada Argentina, Messi sudah berjaya memecahkan banyak rekod dalam dunia sukan bola sepak ini.
Di kedudukan nombor dua pemain bola sepak paling kaya 2014, Messi memperoleh sejumlahUSD 41.3 juta secara keseluruhannya tahun ini dengan pecahan USD 20.3 juta adalah gaji pokok nya dan USD 21 juta didapati daripada penajaan dan pengiklanan di serata dunia.

1) Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo
Pemenang anugerah Ballan D’Or, Cristiano Ronaldo merupakan pemain bola sepak yang paling kaya di dunia ketika ini. Pemain utama pasukan Real Madrid ini menunjukkan kecemerlangan dalam setiap perlawanan yang disertai olehnya dan sehingga kini Ronaldo sudahpun menyumbangkan lebih daripada 200 gol buat Real Madrid untuk muncul sebagai Top 5 penjaring terbanyak Real Madrid sepanjang zaman.
Ronaldo menerima pendapatan lumayan sebanyak USD 44 juta pada tahun 2014 ini yang mana sebanyak USD 23 juta adalah gaji bersama kelab dan pasukan kebangsaan dan USD 21 juta lagi diperoleh daripada pelbagai jenis tajaan dan pengiklanan.
Cristiano Ronaldo juga menjadi tumpuan utama dalam kejohanan Piala Dunia FIFA 2014 yang akan berlangsung di Brazil pada bulan depan.

Jika dilihat nama-nama pemain yang tergolong dalam senarai top 10 pemain bola sepak terkaya dunia tahun 2014, kejayaan yang diperoleh oleh mereka pada hari ini tidak datang secara bergolek sahaja. Pemain-pemain ini berusaha dengan sangat keras untuk mencapai kemewahan dan kejayaan yang kita boleh lihat pada hari ini.
Walaupun mereka sudah diiktiraf sebagai pemain bola sepak yang bagus dengan gaji tahunan yang sangat tinggi, mereka masih lagi bekerja bersungguh-sungguh dan berusaha untuk memajukan diri untuk mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan. Ini merupakan satu nilai yang sangat baik untuk dicontohi oleh kita semua.
Kita juga perlu berusaha sehabis baik kerana setiap pekerjaan yang dilakukan dengan sehabis baik akan mendapat balasan yang sangat baik juga. Ingat, siapa yang berusaha dialah yang akan menuai hasilnya nanti.
Hard Work Pays :)
p/s: rasa-rasalah kan, tahun depan senarai pemain bola sepak paling kaya di dunia ni masih dibarisi dengan nama sama ataupun akan ada perubahan baru? sama-samalah kita tunggu dan lihat..

Sumber : http://azrijohan.com/
0 Komentar untuk "Senarai Terkini Pemain Bola Sepak Paling Kaya di Dunia "

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info