Rahsia Lisa Surihani Didedahkan




Kita tidak tahu kesahihan cerita ini sebab yang me­nyampaikan kepada Cik Pang pun belum dapat pengesahan daripada tuan empunya badan.

Khabarnya, Lisa Surihani mengandung tetapi masih lagi di peringkat awal. Teman Cik Pang yang dapat berita ini pun risik-risiklah kepada tuan empunya badan.
Bukannya apa, sedikit sebanyak berita diterima cukup menggembirakan. Apatah lagi Lisa dianggap

"Malaysian Sweet­heart" sudah tentu peminat mahu berkongsi kegembiraan ini bersama pelakon popular itu.

Teman Cik Pang yang cuba menghubungi Lisa untuk mendapatkan pengesahan apakah benar berita gembira seperti disampaikan sumber itu.

Bagaimanapun, Lisa enggan memberikan sebarang pengesahan ataupun komen mengenainya. Bagi menghormati pendirian Lisa, teman Cik Pang pun terus tutup buku.

Tapi menurut cerita, Lisa memang tidak mahu isu dia mengandung menjadi kecoh lebih-lebih lagi apabila kadungannya masih lagi diperingkat awal.

Pesan orang-orang tua sendiri yang Cik Pang ingat, kalau kan­dungan masih awal tidak bagus dicanang-canangkan dan mungkin juga Lisa mengikut saranan itu.

Timbul juga teori mengatakan Lisa tidak boleh memberitahu secara terbuka kerana sudah menandatangani kontrak bersama Astro dan pengumuman mengenainya akan dibuat secara eksklusif di stesen televisyen berbayar itu.

Itu hanya sekadar cakap-cakap kosong yang Cik Pang dengar. Apapun kesahihannya hanya Lisa dan suami, Yusry Abdul Halim yang tahu.

Cik Pang tahu isu Lisa mengandung ini sensitif. Andai tidak benar apa yang dikhabarkan ini, sudah tentu akan membuat Lisa dan Yusry berkecil hati.

Andai itu berlaku, Cik Pang mohon maaf. Tapi sebenarnya Cik Pang seperti juga peminat Lisa yang lain mengharapkan perkara yang baik dan indah berlaku dalam hidup pasangan romantis ini.

Jika berita yang Cik Pang dengar ini tidak benar, Cik Pang harap Lisa dan Yusry akan menganggapnya sebagai doa dari Cik Pang untuk mereka agar cepat-cepat dikurniakan cahaya mata.

Sumber ; Harian Metro
0 Komentar untuk "Rahsia Lisa Surihani Didedahkan"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info