Johan Jawab Isu Sama ada Kumpulan Jozan Masih Wujud

Melalui laporan Blog hotlips-yuya, Johan berkata lambakan kontroversi panas yang melanda pasangannya dalam kumpulan Jozan iaitu Zizan Razak langsung tidak menjejaskan jenama dan nama kumpulan duo itu.

Jelas Johan Raja Lawak, mereka berdua masih bersama sebagai Jozan dan Johan telah menganggap mereka berdua sebagai adik beradik.

Ini komen khas dari Johan tentang Zizan:

Dalam perkembangan lain, Johan berkata yang kontroversi serta gossip yang melanda pasangannya dalam kumpulan Jozan, Zizan Razak tidak sesekali menjejaskan jenama kumpulan itu sendiri dan mereka masih bersama selain menganggap diri sebagai adik beradik.

“Dia antara kawan yang sudah dianggap sebagai adik-beradik. Dia sudah besar dan matang dalam hala tuju kehidupannya. Mungkin orang sudah tidak nampak kami bersama di kaca TV disebabkan komitmen lain, tetapi kami masih membuat private show bersama apabila diundang”

“Dalam setiap persembahan Jozan, kelemahan saya dia tutup dan begitu juga dengannya, boleh dikatakan kami ini melengkapi antara satu sama lain untuk membentuk Jozan. Lagipun saya ada perancangan untuk membuat persembahan kepada peminat-peminat Jozan tidak lama lagi cuma masih dalam mencari masa dan tarikh yang sesuai,” tambahnya.

Johan bersama-sama Nabil Ahmad, Zizan Razak dan Neelofa dipilih menjadi pengacara Anugerah Meletop ERA (AME) 2015 yang akan berlangsung pada 22 Februari ini.
0 Komentar untuk "Johan Jawab Isu Sama ada Kumpulan Jozan Masih Wujud"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info