Status terakhir Mohd Hafiz bagai tahu bakal dijemput ajal – Arwah Hafiz bagaikan sudah tahu dia nakal dijemput ajal. Pesanan sayu itu sudah tentu memberi kesan kepada orang yang disayanginya. Antara petikan coretan arwah adalah sebagaimana dibawah:
“Kalau aku kemalangan dan cedera parah, aku teringin sangat untuk lihat bagaimana reaksi orang yang aku sayang, di saat aku penuh berlumuran darah. Nak tahu siapa teringin lihat senyuman dan gelak ketawa aku. Entah di hospital atau kubur, jika meninggal dunia, berharap agar orang yang aku sayang datang menziarahi kubur aku dan sedekahkan al-Fatihah buat aku, tapi tolong jangan menangis depan jenazah aku kerana ketika itu aku sudah tidak berdaya untuk lapkan air mata.”
Abang arwah, Jaslly Abu Salem, 33, berkata, dia tidak menyedari adiknya ada mengemas kini status pada aplikasi WeChat berkenaan dan hanya menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakan adiknya pada malam kejadian (malam kelmarin).
“Saya hampir menitiskan air mata membaca status itu kerana masih berat untuk menerima pemergiannya,” katanya dipetik laporan akhbar myMetro hari ini.
Dalam kejadian jam 1.40 petang, Mohd Hafiz, yang menunggang motosikal terlanggar tiang elektrik ketika cuba mengelak sebuah kereta yang membuat pusingan ‘U’ secara tiba-tiba. Jaslly berkata, akibat kejadian itu, arwah adiknya cedera parah di kepala, badan serta kaki kanan dan dia yang dimaklumkan perkara itu terus bergegas ke lokasi kejadian.
“Ketika sampai di lokasi kejadian arwah masih bernafas, namun saya berasa amat hiba selepas melihat keadaan adik sendiri yang lemah dan tidak bermaya. Mungkin saya bernasib baik kerana dapat menatap wajah arwah ketika dia masih hidup sebelum menghembuskan nafas terakhir,” katanya.
Katanya, ibunya sempat ke lokasi kejadian, namun pengsan melihat keadaan Mohd Hafiz yang sedang nazak. Selain itu, beliau juga berharap sangat pemandu kereta berkenaan datang berjumpanya dan keluarga untuk meminta maaf berhubung kejadian berkenaan.
Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Teluk Kumbar, jam 10 malam, kelmarin. Al-Fatihah.
0 Komentar untuk "STATUS TERAKHIR MOHD HAFIZ BAGAI TAHU BAKAL DIJEMPUT AJAL"