3 Sebab Piya WAJIB Main bersama Malaysia....



Hari ini merupakan hari yang di tunggu-tunggu oleh penyokong setia Harimau Malaya kerana hari ini merupakan perlawanan separuh akhir kedua piala AFF yang menemukan Malaysia dan Vietnam. Malaysia perlu bangkit selepas tewas 1-2 di halaman sendiri.

Tetapi untuk mencapai kemenangan, Pablo Dollah Salleh perlulah merombak formasi sebelum ini. Badhri Radzi perlu ada dalam kesebelasan skuad Harimau Malaya pada malam ini jika mahu mencapai keputusan yang POSITIFLapor Asyraf Asnawi, wartawan Sinar Harian On9.

Sebab Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya perlu bermain pada malam ini:

Beliau telah membukti beliau berjaya mengawal bahagian tengah dengan baik selepas memenangi anugerah bola sepak Kebangsaan 2014 dalam kategori pemain tengah terbaik.

Piya juga sudah berpengalaman selama 2 tahun bermain dengan Kelantan dalam kejohanan Piala AFC yang menemukan pasukan Pantai Timur itu dengan pasukan kelab dari negara-negara Asean yang lain seperti Vietnam, Myanmar dan lain-lain lagi.

Beliau juga mampu mengawal bahagian tengah pasukan Kelantan dengan baik dan tenang walaupun dalam situasi sedang ketinggalan dengan pasukan lawan. Itulah kelebihan Badhri Radzi tetapi tidak dipedulikan oleh Pablo Dollah Salleh yang menganggap beliau masih CETEK pengalaman di peringkat antarabangsa.

0 Komentar untuk "3 Sebab Piya WAJIB Main bersama Malaysia...."

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info