Kejadian Yang Menggemparkan Berlaku Di Kelantan

Akibat banjir yang semakin mendadak sebuah rumah di Kelantan hanyut dan menghalang lalu lintas











Dua korban banjir di Kelantan


Kota Bharu: Dua orang menjadi korban banjir ketika bah di negeri ini semakin buruk dengan bilangan mangsa banjir yang dipindahkan terus meningkat kepada lebih 6,000 orang sehingga jam 2 petang tadi.

Mangsa pertama, Baharom Mohamad, 25, yang menghidap sawan, lemas kelmarin dan mayatnya ditemui terapung berhampiran Sekolah Kebangsaan Long Ghafar 2, di sini, jam 11 pagi tadi oleh orang ramai.

Noradriana Adila Asrol yang berusia setahun pula hilang selepas terlepas daripada pegangan ibunya yang berusia 34 tahun di Bertam Kuala Krai ketika mengharungi air sedalam kira-kira satu meter untuk ke pusat pemindahan bersama tiga lagi adik-beradik pada jam 3 pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, kanak kanak perempuan itu belum ditemui dan gerakan mencari sedang dilakukan.

Sehubungan itu, penduduk yang terjejas banjir diminta berpindah dengan segera.
0 Komentar untuk "Kejadian Yang Menggemparkan Berlaku Di Kelantan"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info