PENDEDAHAN: 4 Faktor Utama Punca Kekalahan Malaysia ke atas Vietnam..

Malaysia tumpas 1-2 kepada Vietnam pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2014. Jaringan Malaysia disumbangkan oleh pemain tengah, Safiq Rahim.

Banyak faktor yang menyebabkan kekalahan Malaysia kepada Vietnam semalam. Antaranya ialah,

Kelantan skipper Mohd Badhri Radzi won the Best Midfielder and Most Valuable Player gongs at the National Football Awards ceremony in Shah Alam on Saturday. - BERNAMA pic

1) Ketiadaan pemain tengah terbaik Liga Malaysia 2014 iaitu Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya. Walaupun telah mendapat anugerah pemain tengah terbaik dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan, pemain ini masih belum mendapat kepercayaan jurulatih Harimau Malaya iaitu Pablo Dollah Salleh. Bahagian tengah negara semalam menjadi kucar kacir kerana tiada pemain yang dapat mengawal bahagian tengah dengan sebaiknya.



2) Gary Steven Robbat hanya bermain pada separuh masa kedua. Pemain yang menjadi kontroversi sekarang ini tidak ada dalam senarai kesebelasan utama pasukan Malaysia. Tempatnya digantikan oleh Hafiz Kamal. Ternyata Hafiz gagal mengawal bahagian defensive midfield dengan baik.



3) Ketiadaan 2 pemain berpengalaman negara iaitu Amri Yahyah dan Shukor Adan ternyata memberi kesan kepada permainan Harimau Malaya. Bahagian serangan agak tumpul apabila beraksi tanpa Amri Yahyah. Ketiadaan Shukor Adan jelas dirasai apabila bahagian pertahanan negara sangat rapuh dan menyebabkan 2 jaringan dibolosi.



4) Balasan kepada rakyat Malaysia kerana telah menganjing penjaga gol Singapura, Hassan Sunny berulang kali. Adakah ini kifarah? Hassan tanya apa khabar?
0 Komentar untuk "PENDEDAHAN: 4 Faktor Utama Punca Kekalahan Malaysia ke atas Vietnam.."

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info