GILIRAN AFDLIN SHAUKI PULA KRITIK JURI MAHARAJA LAWAK MEGA 2014

Rasanya isu juri kedekut bintang, tidak adil dan komen yang teruk dalam program Maharaja Lawak Mega 2014 semakin mendapat perhatian. Kalau sebelum ini Ropie Comey kecewa dengan komen dari salah seorang juri MLM2014 iaitu Fazura, terbaru Afdlin Shauki turut membangkitkan isu yang lebih kurang sama.
Giliran Afdlin Shauki pula kritik juri Maharaja Lawak Mega 2014 – Sebagai pelopor dan juga pernah menjadi peserta bagi program realiti lawak, Maharaja Lawak Mega, Afdlin Shauki ada membuat kenyataan seperti mempertikaikan pemberian bintang dan markah oleh para juri di pentas MLM2014.
Menerusi laman Twitternya, secara amnya penghibur ini ada manulis status berbunyi ‘Jury MLM tahun ni menakutkan… Memberi bintang-bintang yg tak sepatutnya…’ ‘Bintang Tu akan pengaruhi undi orag luar’ dan paling tepat sekali apabila ‘Kesian team yg lain yang tak popular tapi bagus’ disuarakan Afdlin.
GILIRAN AFDLIN SHAUKI PULA KRITIK JURI MAHARAJA LAWAK MEGA 2014
Itulah antara komen dari bekas peserta dan juga pelawak hebat Afdlin Shauki tentang juri tahun ini. Ada yang setuju dengan statement Afdlin ini kerana persembahan Shake dan Zero membuat persembahan hebat namun mendapat bintang yang rendah namun persembahan Nabil dan Virus tidak seberapa tapi dapat bintang yang sama atau lebih banyak.
GILIRAN AFDLIN SHAUKI PULA KRITIK JURI MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 MLM
Ada juga yang kurang setuju dengan kenyataan Afdlin Shauki dengan mengatakan juri tahun ini adalah yang terbaik dan komen nya agak bagus. Apapun semua orang ada komen dan pendapat masing-masing termasuklah Afdlin Shauki. [sumberasal: murai]
0 Komentar untuk "GILIRAN AFDLIN SHAUKI PULA KRITIK JURI MAHARAJA LAWAK MEGA 2014"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info