Idola Amri Yahyah Yang Membuat Ramai Tergamam




Idola Amri Yahyah adalah arwah ibunya sendiri



Mohd Amri Yahyah dilahirkan pada 21 Januari 1981, berasal dari Parit Serong, Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan. Amri merupakan pemain Selangor paling setia selepas Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari yang bermain untuk Selangor selama 15 tahun dari 1972-1988. Menyingkap detik penglibatan Amri dalam bolasepak, beliau hanya bersekolah di Sekolah Menengah Dato’ Harun Tanjung Karang dan bermain bolasepak mewakili sekolahnya. Bakatnya mula diintai oleh bapa pembangunan bolasepak Selangor ketika itu, Datuk Muhd Aini Taib yang kebetulan menjadi ADUN Sg. Burung. Amri adalah batch terakhir yang terpilih untuk bersama Akademi Bolasepak Selangor. Ramai pemain dari daerah Tanjung Karang terpilih ketika itu. Amri memulakan karier bersama Merah Kuning pada 2001 ketika beliau berusia 20 tahun. Mewakili skuad Piala Presiden Selangor dengan posisi di bahagian serangan dan menjaringkan lapan gol. Dalam tahun yang sama Amri dinaikkan pangkat beraksi dengan skuad utama. Gol pertama beliau dijaringkan di Stadium Larkin pada perlawanan Piala FA menentang Johor. Namun gol kedua beliau lebih dramatik apabila Selangor yang ketinggalan 0-3 ketika perlawanan pertama pusingan kedua Piala FA kepada Perlis, bangkit menyamakan kedudukan di Shah Alam dengan mendahului lawan 3-0. Amri tampil menjaringkan gol pada masa kecederaan buat Selangor menang 4-0 dan layak ke pusingan seterusnya dengan aggregat 4-3.


Kredit : SelangorFC.com
0 Komentar untuk "Idola Amri Yahyah Yang Membuat Ramai Tergamam"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info