GAMBAR : Pemain Harimau Malaya Kantoi Bila PM Lawat Bilik Persalinan



Memenangi perlawanan akhir adalah impian kita, namun kalah selepas berjuang dan bermain sebaik mungkin pastinya tetap memberikan kepuasan kepada penyokong-penyokong skuad Harimau Malaya yang memenuhi Stadium Nadional Bukit Jalil malam tadi. 

Apa yang menarik sebelum perlawanan ialah YAB PM telah membuat lawatan mengejut ke bilik persalinan pemain.


Gambar diatas menunjukkan Perdana Menteri DS Najib dan juga Menteri Belia dan Sukan KJ masuk kebilik persalinan pemain untuk memberi semangat..

Rupanya mereka baru selesai bersolat dan ada setengah pemain yang masih memakai kain sarung. Syabas buat pemain harimau malaya.

Dan selepas perlawanan, PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga beliau dengan persembahan hebat yang dipamer skuad Harimau Malaya pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur, malam ini.
"Walaupun kalah saya bangga dengan persembahan Harimau Malaya.

"Insya-ALLAH akan lebih cemerlang di masa akan datang," kata Najib dalam catatan terbaharu beliau di Facebook dan Twitter.





Malaysia terlepas peluang untuk menjulang Piala AFF Suzuki selepas kalah kepada Thailand dengan agregrat 3-4 setelah final kedua kejohanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaupun kalah 2-3 kepada Malaysia pada aksi timbal balik malam ini, skuad kendalian Kiatisuk Senamuang muncul juara susulan kemenangan 2-0 yang diraih pada final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Rabu lepas.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam Twitter beliau turut menyatakan bangga dengan aksi skuad bimbingan Dollah Salleh itu. - Bernama

Sumber : Belia Bangkit
0 Komentar untuk "GAMBAR : Pemain Harimau Malaya Kantoi Bila PM Lawat Bilik Persalinan"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info