Bola sepak negara gempar seketika apabila berlakunya pergaduhan di antara pemain Perlis dan Kelantan dalam kejohanan Piala Emas Raja-raja 2014. Kejadian berlaku sejurus perlawanan tamat selepas aksi 90 minit.
Perlawanan yang berlangsung di Kota Bharu ini memihak kepada pasukan pelawat (Perlis) selepas menundukkan Kelantan 0-3 (Agg 0-5).
Kejadian sebenar pergaduhan ini:
Aksi tersebut dipamerkan ketika pemain Perlis sedang berjalan menuju ke tempat duduk pasukan tuan rumah untuk bersalaman.
Seorang pemain Kelantan bertindak di luar kawalan dengan menyerang pemain dari negeri utara tanah air itu sehingga berlaku pergaduhan melibatkan pemain kedua-dua pasukan.
Dalam kekalutan itu, seorang lagi pemain Kelantan telah menyerang pengadil perlawanan, Suhaimi Mat Hassan yang ketika itu berada di tengah padang akibat tidak berpuas hati dengan layangan kad merah.
Kekecohan itu akhirnya berjaya dileraikan oleh pasukan keselamatan dan pengawai kedua-dua pasukan.
0 Komentar untuk "Inilah Punca Sebenar Berlakunya Pergaduhan Pemain Pasukan Kelantan dengan Pemain Pasukan Perlis"