Wartawan Dedah Senarai Peserta Akhir Program Gegar Vaganza?


Siaran minggu keempat hujung minggu lalu menyaksikan Nadia telah  tersingkir dari persaingan epik Gegar Vaganza yang kini diteruskan oleh 9 peserta yang lain.
Namun yang menariknya berkaitan program ini, seorang wartawan senior dalam dunia hiburan hari ini telah menulis satu laporan yang turut menyenaraikan nama peserta yang bakal ke peringkat akhir Gegar Vaganza, yang memang kita ketahui satu program rakaman.
“Rakaman rancangan hiburan menarik di Astro Ria, Gegar Vaganza sudah labuhkan tirai separuh akhir dengan menyaksikan enam artis bakal berentap di pentas final”
#01 Wartawan Dedahkan Senarai Finalis Gegar Vaganza? - ROTIKAYA
“Mereka ialah Ifa, Rahmat Mega, Mamat (bekas Exist), Haleeda, Ayai Ilusi dan Fazli Zainal. Shima yang diharap ramai ke final, tersingkir di pusingan penting itu. Suaranya hebat tapi markah juri tak memihak kepadanya. Juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim. Juri jemputan malam itu Datuk Yusof Haslam dan Ning Baizura,” tulis wartawan itu.
Tidak seronok pula rasanya untuk menonton program itu selepas ini jika benar seperti apa yang disampaikan. Hilang rasa debaran, heh. (rtky/m)
0 Komentar untuk "Wartawan Dedah Senarai Peserta Akhir Program Gegar Vaganza?"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info