5 Sebab Malaysia Tewas Kepada Thailand



1. Penyerang gagal menfaatkan peluang walaupun banyak peluang untuk menjaringkan gol
2. Dua kesilapan dari Fadhli Shas menghadiahkan gol untuk Thailand
3. Mengeluarkan Piya terlalu awal sepatutnya Dollah Salleh mengeluarkan Alex dahulu
4. Malaysia terlalu mengamalkan corak bertahan
5. Tidak dinafikan Thailand bermain begitu baik dihalaman sendiri





MALAYSIA AKUR DENGAN PERMAINAN TERSUSUN THAILAND


Skuad Harimau Malaya terpaksa akur dengan corak permainan hebat dipamerkan Thailand sehingga membenarkan skuad itu memenangi perlawanan 2-0 dalam final pertama Piala Suzuki AFF 2014.
Dalam separuh masa pertama, Malaysia ternyata mampu mengimbangi perlawanan dan kedua-dua pasukan masing-masing berbalas serangan.

Penyerang negara, Amri Yahyah memiliki sekurang-kurangnya dua peluang iaitu menerusi tandukan dan rembatan deras yang diselamatkan penjaga gol Thailand, Kawin Thamsatchanan.

Norshahrul Idlan Talaha turut memiliki peluang berharga untuk mencetak nama sebagai penjaring apabila rembatan menariknya turut diselamatkan penjaga gol tuan rumah itu.

Sementara di bahagian serangan Thailand, kelibat Adsak Kraisorn seringkali mencemaskan gawang Malaysia. Kesilapan Fadhli Shas ketika mahu mengeluarkan bola, Adsak berjaya mencurinya sebelum membawa masuk kearah depan gol. Namun jaringannya dinafikan apabila Farizal Marlias sempat menghulurkan kaki sekaligus membuatkan bola melambung tinggi.

Di babak kedua, skuad Thailand mempamerkan penguasaan penuh dengan melancarkan serangan berlari arus kearah kubu negara. Adsak sekali lagi tampil melakukan rembatan, mujur sepakannya tepat ke dakapan Farizal.

Di minit ke 71, Thailand dihadiahkan sepakan penalti apabila Fadhli Shas dipersalahkan oleh pengadil kerana menjatuhkan Adsak dan Charyl Chappuis tampil menyempurnakan sepakan.

Malaysia yang pada awalnya dilihat mahu membawa kedudukan seri 0-0 ke Kuala Lumpur, tersentak dengan jaringan itu dan mula mencari gol penyamaan, namun ia semakin sukar lebih-lebih lagi berdepan Thailand yang menunjukkan corak permainan lebih tersusun.

Dollah membuat pertukaran di bahagian depan dengan memasukkan Baddrol Bakhtiar dan Safee Sali bagi menggantikan Badhri Radzi dan Amri Yahyah, namun tiada sebarang gol dapat dihasilkan.

Malah, di sebalik kesungguhan skuad negara dalam aspek serangan, Kroekrit Thaweekarn tampil meletakkan Thailand di kedudukan selesa apabila menjaringkan gol kedua skuad itu menerusi sentuhan mudah, berpunca daripada hantaran rakan di sebelah tepi.

Perlawanan tamat dengan kedudukan 2-0 berpihak kepada Thailand.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi, dalam perlawanan akhir kedua yang dijadual berlangsung pada 20 Disember ini di Stadium Bukit Jalil.

Kredit : Astro
3 Komentar untuk "5 Sebab Malaysia Tewas Kepada Thailand"

Aq rase malaysia kalah sbb tak pandai main pass

Aq rase malaysia kalah sbb tak pandai main pass

Ada bola jak long ball..mende lh

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info