Pengkhabaran Gembira Dari Kem Harimau Malaya Untuk Final
Shukor & Safee Cergas Untuk Final
Jurulatih Dollah Salleh berkata, Shukur dan juga penyerang Safee Sali yang turut mengalami kecederaan telah kembali menjalani latihan dan kedua mereka bersedia untuk beraksi.
Perkhabaran terbaru itu nyata sedikit sebanyak memberi suntikan semangat kepada kem negara dan apa yang pasti ia melegakan Dollah dalam memiliki lebih pilihan pemain.
Mengenai pasukan Thailand, Dollah mengakui skuad 'Gajah Perang' di bawah bimbingan bekas pemain antarabangsa negara itu, Kiatisuk Senamuang bukan lawan yang mudah tetapi beliau yakin anak buahnya akan memberikan yang terbaik.
Turut berkongsi pandangan Dollah, Mohd Safee yang berjanji mempamerkan persembahan terbaiknya dalam perlawanan esok.
"Semangat pemain masih tinggi untuk beraksi dalam perlawanan esok walaupun kami tahu ia adalah sukar. Apa yang penting, kami melakukan yang terbaik berhadapan Thailand yang tidak pernah tewas dalam tiga perlawanan Kumpulan B (di Singapura) sebelum ini, " kata penyerang Johor Darul Ta'zim itu.
Sementara itu, Penolong Ketua Jurulatih Thailand, Choktawee Promrat berkata pemainnya sudah bersedia berhadapan Malaysia dan menjangka kemenangan berpihak kepada mereka.
"Kami menghormati mereka sebagai bekas juara (2010) tetapi saya masih yakin kami akan menang perlawanan esok, katanya sambil menambah Kiatisuk dijangka menurunkan kesebelasan utamanya.
Turut berkongsi pandangannya adalah penjaga gawang Thailand, Kawin Thamsatchanan yang mengakui bermain dua perlawanan akhir termasuk pada 2012 agak mengujakan tetapi mengingatkan rakan sepasukannya supaya tidak memandang rendah Harimau Malaya yang ingin menebus kekalahan 2-3 dalam perlawanan peringkat kumpulan di Singapura.
"Kami bermain dengan baik pada kejohanan tahun ini tetapi perlawanan yang kami harungi bukannya mudah. Diharap kami dapat bermain dengan baik di hadapan penyokong kami, kata pemain Muangthong United.
Malaysia dan Thailand akan bertemu dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, 20 Dis ini bagi menentukan juara edisi ke-10 kejohanan bola sepak dua tahun sekali itu.
Saksikan perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF antara Thailand menentang Malaysia di Fox Sports dan Fox Sports 3 pada 17 Disember jam 8 malam.
0 Komentar untuk "Pengkhabaran Gembira Dari Kem Harimau Malaya Untuk Final"