Apa yang Hebat sangat dengan 'budak' Badhri Radzi Ini?



Sejak kebelakangan ini nama Badhri Radzi sapaan manjanya Piya semakin menjadi sebutan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan. Pemain ini telah membantu pasukan Kelantan memenagi banyak Piala sebelum ini dan menjadi sumber inspirasi kepada rakan sepasukan. Mari kita lihat apa antara sumbangan dan kehebatan kepten pasukan Kelantan ini:-

1) Pemain tengah antara yang terbaik dalam sejarah bolasepak Malaysia.

2) Jaringan-jaringannya pernah di angkat antara 100 gol terbaik dunia.

3) Web sukan antarabangsa yang berpakalan di USA menggelarkannya sebagai Asian/Malaysia David Beckham.

4) Laman fanspage Fernando Torres yang mempunyai jutaan pengikut di dunia pernah menyiarkan gol sepakan sudut dari Piya yang dianggap terbaik di dunia.

5) Piya salah satu pemain yang paling kurang menerima kad kuning atau mengasari pihak lawan.

6) Piya di percayai salah satu pemain yang menerima tawaran paling lumayan dalam sejarah bolasepak Malaysia.

Begitulah kehebatan Piya ini. Namun apa yang menjadi persoalan kepada peminat tempatan, beliau jarang mendapat tempat dalam Skuad kebangsaan walaupun telah terbukti kehebatan. Apa-apa pun, good luck for Piya.


Sumber: aniqbukhary.blogspot.com
2 Komentar untuk "Apa yang Hebat sangat dengan 'budak' Badhri Radzi Ini?"

Artikel pasal Piya nie dah lama publish kat blog sebenarnya. Kebetulan plak keyword Piya naik kebelakangan ini selepas kemenangan ke atas Vietnam yang menyaksikan Piya merupakan antara watak penting dalam kemenangan itu...

Apapun thankz admin atas kredit yang diberikan.. :)
Ble berkenalan dengan admin blog nie tak.. ;)

Yup, sejak piala aff ni Piya semakin hot.

Boleh jer. Hehe

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info