ROPIE COMEY KECEWA DENGAN KOMEN FAZURA

Seperti yang kita maklum, kumpulan Comey sudah tersingkir dari Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 pada minggu lepas iaitu minggu keenam. Menerusi laporan Astro Gempak, salah seorang ahli kumpulan Comey iaitu Ropie meluahkan rasa kecewanya dengan komen Fazura.
Ropie COMEY kecewa dengan komen Fazura – Menurut Ropie, Comey sudah memberikan persembahan yang baik dan mereka bukan hanya ‘tangkap muat’. Namun komen Fazura mengenai lagu yang tidak bersesuaian dengan persembahan memberi sedikit impak kepada undian kumpulan Comey sehingga diumumkan sebagai kumpulan yang tersingkir.
ROPIE COMEY KECEWA DENGAN KOMEN FAZURA
“Secara jujurnya saya kecewa dengan komen yang diberikan oleh Fazura kerana kami berusaha untuk fikirkan idea yang menarik untuk persembahan di minggu ‘Muzikal’. Malah lebih terkilan apabila Fazura hanya beri kami dua bintang sehingga menjejaskan undian yang diterima oleh Comey. Sebenarnya persembahan kami bukan semata-mata untuk buat lawak sahaja, ada mesej disebalik pemilihan lagu. Bila Fazura cakap lagu tidak bersesuaian dengan persembahan, rasanya seperti tidak adil buat kami. Ya memang kami gunakan lagu-lagu baru tetapi bukan hanya kumpulan Comey sahaja. Ada juga kumpulan-kumpulan lain turut guna lagu-lagu baru seperti kami. Jadi bila Fazura beri komen demikian saya rasa macam itu sesuatu yang sangat mengecewakan sedangkan Dato’ Ac Mizal sendiri turut beri pujian dengan persembahan dan juga pemilihan lagu kami yang sesuai,” ujar Ropie dipetik portal berkenaan.
Tambah Ropie, ramai di antara peminat di laman Facebook dan Twitter meluahkan rasa terkejut dan kecewa selepas kumpulan Comey terpaksa meninggalkan pentas MLM sedang persembahan mereka semakin konsisten dari minggu ke minggu.
“Ramai juga yang jumpa saya luahkan rasa kecewa apabila kumpulan Comey tersingkir. Tapi nak buat macam mana semuanya terletak pada undian juga markah daripada barisan pihak juri. Mungkin rezeki kami hanya di minggu keenam. Insya Allah tahun hadapan Comey akan kembali dan kami sedang merancang beberapa strategi dan idea baru untuk MLM,” jelas Ropie lagi.
Dalam pada itu, Ropie tidak menolak jika komen Datuk Jalaluddin Hassan atau Farah Quinn mungkin memberi sedikit peluang untuk mereka terus kekal berada di pentas MLM.
“Saya tidak nafikan, komen yang diberikan oleh Datuk Jalaluddin Hassan dan Farah Quinn mungkin boleh menyelematkan kedudukan Comey. Setiap persembahan kami ada mesej tersendiri dan bukan hanya buat lawak semata-mata. Apabila terima komen dan bintang yang terima sedikit, saya rasa memang boleh buat undian jadi rendah sehingga tersingkir. Apa pun terima kasih kepada pihak barisan juri dan para penonton yang tidak putus-putus memberi sokongan dan sanggup mengundi kami sehingga mampu kekal di minggu keenam. Mungkin bukan rezeki kami untuk terus berada di pentas MLM untuk edisi kali ini,” tambah Ropie mengakhiri 
0 Komentar untuk "ROPIE COMEY KECEWA DENGAN KOMEN FAZURA"

 
Copyright © 2014 Info Semasa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info