Piala AFF Suzuki
"Kecederaan saya kini telah pulih, saya bersedia untuk perlawanan akhir nanti." - Safee Sali
"Saya tiada tekanan, tiada persaingan sesama sendiri, sebaliknya ia adalah kerja berpasukan yang perlu dilaksana sebaik mungkin." - Apek
Safee Sali cedera pada aksi kedua di Vietnam, manakala Apek tempatnya digantikan Farizal pada aksi yang sama. Kemungkinan Safee & Apek akan tersenarai dalam kebelasan utama menentang Thailand rabu ini
Beri bonus seorang RM100,000
|
KESUNGGUHAN pemain Harimau Malaya menyahut cabaran bagi melakar kejutan setelah menewaskan Vietnam pada aksi separuh akhir kedua dengan agregat 5-4 di Hanoi kelmarin untuk menempah slot final Piala AFF Suzuki 2014 amat dipuji.
Semangat juang tinggi demi Malaysia yang dipamerkan skuad bimbingan Dollah Salleh itu wajar dijadikan contoh oleh atlet lain di negara ini.
Sudah pasti komitmen besar itu memerlukan pengorbanan dan selayaknya suatu insentif diberikan kepada mereka sebagai menghargai jasa menjulang nama negara di rantau ini.
Ketika menjuarai Piala AFF Suzuki empat tahun lalu skuad Harimau Malaya menerima imbuhan RM50,000. Pada edisi kali ini andai mereka mengulangi kejayaan sama, insentif seharusnya berganda.
Pengendali Skuad Sukan SEA 2015, Datuk Ong Kim Swee turut mengakui imbuhan yang dijanjikan pada setiap kejayaan yang dilakarkan mampu memberikan suntikan moral yang tinggi kepada pemain.
“Dalam aksi separuh akhir kedua menentang Vietnam, kita dapat lihat skuad Harimau Malaya menunjukkan komitmen 200 peratus di atas padang. Ternyata janji Dollah yang mahu setiap pemain beraksi lebih daripada apa yang dimiliki telah dibuktikan dengan kemenangan membenam Vietnam.
“Memang tidak dapat dinafikan imbuhan yang sepadan dengan pengorbanan mengharumkan nama negara perlu ditawarkan bagi meniupkan semangat dan keazaman para pemain,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Menanti Malaysia di final ialah Thailand dengan aksi pertama berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok Rabu depan manakala perlawanan akhir kedua dijangka diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 Disember.
0 Komentar untuk "Berita Yang Menggembirakan Untuk Pasukan Harimau Malaya"